Isnin, 30 Oktober 2017

An Nisa' - Ayat 154 Ms 201 Baris Ke 8 Dari Atas

 وَرَفَعْنَا فَوْقَهُمُ الطُّورَ
Dan kami angkat atas kepala mereka itu bukit tursina
بِمِيثَاقِهِمْ
Dengan ambil perjanjian mereka itu
وَقُلْنَا لَهُمُ
Dan kami kata bagi mereka itu
ادْخُلُوا الْبَابَ سُجَّدًا
Masuk oleh kamu akan pintu kampong baitul maqdis hal kamu sujud tunduk kepala
وَقُلْنَا لَهُمْ لَا تَعْدُوا فِي السَّبْتِ
Dan kami kata bagi bagi mereka itu jangan kamu langgar hukum pada mengambil ikan hari sabtu yang ditegah
وَأَخَذْنَا مِنْهُمْ مِيثَاقًا غَلِيظًا

Dan kami ambil daripada mereka itu akan perjanjian yang kukuh

An Nisa' - Ayat 153 Ms 200 - 201 Baris ke 4 Dari Bawah

يَسْأَلُكَ أَهْلُ الْكِتَابِ أَنْ تُنَزِّلَ عَلَيْهِمْ كِتَابًا مِنَ السَّمَاءِ ۚ
Lagi meminta akan dikau Ya Muhammad oleh ahli kitab yahudi bahawa engkau turun atas mereka itu kitab daripada langit jumlah sekali turun seperti yang diturun atas Musa maka jika engkau membenar yang demikian itu
فَقَدْ سَأَلُوا مُوسَىٰ أَكْبَرَ مِنْ ذَٰلِكَ
Maka sungguh telah meminta mereka itu akan Musa yang terlebih besar daripada yang demikian lagi
فَقَالُوا
Maka kata mereka itu
أَرِنَا اللَّهَ جَهْرَةً
Perlihat akan kami Allah itu terang-terang
فَأَخَذَتْهُمُ الصَّاعِقَةُ بِظُلْمِهِمْ ۚ
Maka mengambil akan mereka itu oleh lintar mati mereka itu dengan sebab zalim mereka itu pada permintaan yang tiada layak
ثُمَّ اتَّخَذُوا الْعِجْلَ
Kemudian mengambil mereka itu akan ‘ijil buat tuhan akan disembah
مِنْ بَعْدِ مَا جَاءَتْهُمُ الْبَيِّنَاتُ
Kemudian daripada barang yang datang akan mereka itu oleh kenyataan mukizat wahdaniah Allah
فَعَفَوْنَا عَنْ ذَٰلِكَ ۚ وَآتَيْنَا مُوسَىٰ سُلْطَانًا مُبِينًا

Maka kami maafkan daripada yang demikian itu dan kami memberi akan Musa sultan kekuasaan yan nyata sekira-kira taat mereka itu akan suruhan dengan membunuh diri mereka itu tujuh puloh ribu pada satu hari taubat daripada sembah ‘ijil

An Nisa' - Ayat 152 Ms 200 Baris ke 9 Dari Bawah

وَالَّذِينَ آمَنُوا بِاللَّهِ وَرُسُلِهِ وَلَمْ يُفَرِّقُوا بَيْنَ أَحَدٍ مِنْهُمْ أُولَٰئِكَ سَوْفَ يُؤْتِيهِمْ أُجُورَهُمْ ۗ
Dan segala mereka yang beriman dengan Allah dan rasulNya dan tiada memfariq antara seorang daripada mereka itu bermula mereka itu lagi kami datang akan mereka itu akan segala Pahala amalan mereka itu iaitu syurga
وَكَانَ اللَّهُ غَفُورًا رَحِيمًا
Dan adalah Allah Ta’ala itu Tuhan yang Amat Mengampuni lagi Amat Rahim

An Nisa' - Ayat 151 Msa 200 Baris 12 Dari Atas

أُولَٰئِكَ هُمُ الْكَافِرُونَ حَقًّا ۚ
Bermula mereka itu merekalah yang kafir sekelian dengan Sebenar-benar
وَأَعْتَدْنَا لِلْكَافِرِينَ عَذَابًا مُهِينًا

Dan kami sedia bagi segala kafir itu akan azab yang sangat hina neraka