Selasa, 4 Februari 2014

Al Baqarah - Ayat 170



وَإِذَا قِيلَ لَهُمُ اتَّبِعُوا مَا أَنزَلَ اللّهُ قَالُواْ بَلْ نَتَّبِعُ مَا أَلْفَيْنَا عَلَيْهِ آبَاءنَا أَوَلَوْ كَانَ آبَاؤُهُمْ لاَ يَعْقِلُونَ شَيْئاً وَلاَ يَهْتَدُونَ
Dan apabila dikatakan kepada mereka" Turutlah akan apa yang telah diturunkan oleh Allah" mereka menjawab: "(Tidak), bahkan kami (hanya) menurut apa yang kami dapati datuk nenek kami melakukannya". Patutkah (mereka menurutnya) sekalipun datuk neneknya itu tidak faham sesuatu (apa pun tentang perkara-perkara ugama), dan tidak pula mendapat petunjuk hidayah (dari Allah)?

وَإِذَا قِيلَ لَهُمُ
Dan apabila dikata bagi mereka itu orang kafir
اتَّبِعُوا مَا أَنزَلَ اللّهُ
Ikut oleh kamu akan barang yang telah menurun oleh Allah daripada tauhid Allah dan menghalal makanan yang baik-baik
قَالُواْ
Kata mereka itu
بَلْ نَتَّبِعُ مَا أَلْفَيْنَا عَلَيْهِ آبَاءنَا
Tetapi kami hendak ikut akan barang yang kami dapat atas bapa-bapa kami daripada sembah asnam (berhala) dan mengharam sawaib dan bahair sawaid unta betina dimerdeka bagi berhala bahair unta betina berair susu dimerdeka bagi berhala tiada perah air susunya
أَوَلَوْ كَانَ آبَاؤُهُمْ لاَ يَعْقِلُونَ شَيْئاً وَلاَ يَهْتَدُونَ
Adakah nyata jika ada bapa-apa mereka itu tiada mengetahui atas suatu daripada pekerjaan agama dan tiada hidayah mereka itu kepada yang hak sekalipun hendak ikut jugakah? (misalnya dengan binatang)

Al Baqarah - Ayat 169



إِنَّمَا يَأْمُرُكُمْ بِالسُّوءِ وَالْفَحْشَاء وَأَن تَقُولُواْ عَلَى اللّهِ مَا لاَ تَعْلَمُونَ
Ia hanya menyuruh kamu melakukan kejahatan dan perkara-perkara yang keji, dan (menyuruh) supaya kamu berkata (dusta) terhadap Allah apa yang kamu tidak ketahui (salah benarnya).

إِنَّمَا يَأْمُرُكُمْ بِالسُّوءِ وَالْفَحْشَاء
Hanya menyuruh ia syaitan akan kamu itu dengan perbuat kajahatan dan kekejiaan pada syara’ seperti zina mencuri menyamun membunuh
وَأَن تَقُولُواْ عَلَى اللّهِ مَا لاَ تَعْلَمُونَ
Dan bahawa kamu kata atas Allah ta’ala akan barang yang tiada kamu ketahui daripada mengharam yang halal dan menghala yang haram.