Ahad, 11 Januari 2015

Ali Imran - Ayat 2



اللَّهُ لَا إِلَٰهَ إِلَّا هُوَ
Bermula Allah Ta’ala itu Tuhan tiada Tuhan yang mustahak ‘ibadat melainkan IA
الْحَيُّ الْقَيُّومُ
Yang hidup lagi yang berdiri pada tadbir sekelian alam ini turun ini ayat pada wafdun Najran enam puloh orang dalam itu satu raja satu wazir satu alim maka kata mereka itu sekali Isa itu Allah kerana menghidup orang mati dan sekali Isa anak Allah kerana tiada bapa dan sekali Isa suatu daripada tuhan thalith thalathah

Ali Imran - Ayat 1



SURAH ALI IMRAN
Dua ratus melainkan satu ayat
بسم الله الرمن الرحيم

AYAT 1
الم
Alif lam mim

Persoalan maksud ayat Alif Lam Mim terdapat banyak kekhilafan di kalangan ulama tafsir. Berkata sesetengah ulama seperti Amir Syu’bi, Sufyan As-Tsauri dan beberapa ulama hadis yang lain, ia adalah merupakan rahsia Allah di dalam al-Quran dan bagi Allah swt hanya DIA yang maha mengetahui akan maknanya. Alif Lam Mim dan seumpama dengannya termasuk di dalam ayat-ayat Mutasyabihat iaitu perkara-perkara yang tidak diketahui maknanya.
Allah swt sahaja yang mengetahuinya dan tidak wajib kita bercakap berkenaan maksud atau maknya. Akan tetapi wajib bagi kita beriman kepadanya. Adalah menjadi kemestiaan untuk kita membaca sebagaimana yang dibawa kepada kita iaitu dalam bacaan Quraisy. Ini adalah kerana Rasulullah menggunakan bacaan Quraisy. Inilah pendapat Abu Bakar As-Siddiq ra dan Ali bin Abi Talib ra.