Sabtu, 30 Julai 2016

An Nisa' - Ayat 30 Ms 166

وَمَنْ يَفْعَلْ ذَٰلِكَ عُدْوَانًا وَظُلْمًا فَسَوْفَ نُصْلِيهِ نَارًا ۚ
Dan barang siapa yang perbuat akan yang demikian itu barang yang ditegah daripadanya maka lagi kami masuk akan dia ke neraka terbakar ia pada dalamnya.
وَكَانَ ذَٰلِكَ عَلَى اللَّهِ يَسِيرًا

Dan adalah yang demikian itu atas Allah Ta’ala sangat mudah.

An Nisa' - Ayat 29 Ms 165

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لَا تَأْكُلُوا أَمْوَالَكُمْ بَيْنَكُمْ بِالْبَاطِلِ
Hai segala orang yang beriman jangan kamu makan segala harta kamu pada antara kamu dengan batil haram pada Syara’ seperti riba dan rampasan
إِلَّا أَنْ تَكُونَ تِجَارَةً عَنْ تَرَاضٍ مِنْكُمْ ۚ
Melainkan bahawa ada ia jual beli yang beridha daripada kamu dan suka hati maka haruslah kamu makan akan dia
وَلَا تَقْتُلُوا أَنْفُسَكُمْ ۚ
Dan jangan kamu bunuh akan diri kamu dengan mengerja yang membawa kepada binasa samada pada dunia atau akhirat.
إِنَّ اللَّهَ كَانَ بِكُمْ رَحِيمًا

Bahawasanya Allah Ta’ala itu adalah Ia dengan kamu Amat Kasih Sayang pada tegah kamu daripada yang demikian itu.