Ahad, 1 Februari 2015

Ali Imran - Ayat 11



 كَدَأْبِ آلِ فِرْعَوْنَ وَالَّذِينَ مِنْ قَبْلِهِمْ ۚ

Seperti adat Firaun dan ahlinya dan segala mereka kafir yang dahulu daripada mereka itu seperti kaum ‘Aad dan Tsamud
كَذَّبُوا بِآيَاتِنَا
Mendusta mereka itu dengan segala ayat Kami
فَأَخَذَهُمُ اللَّهُ بِذُنُوبِهِمْ ۗ
Maka telah ambil akan mereka itu oleh Allah Ta’ala dengan dosa mereka itu membinasa akan mereka itu.
وَاللَّهُ شَدِيدُ الْعِقَابِ
Dan Allah Ta’ala itu sangat-sangat ‘iqab dan turun tatkala menyuruh Nabi sollahu alaihi wasallam akan orang Yahudi dengan Islam ketika baliknya daripada perang badar menghimpun ia akan mereka itu pada Suq (pasar) Bani Qainuqa’ menakut bahawa turun dengan mereka itu barang yang turun dengan Quraisy maka kata mereka itu jangan menipu akan dikau bahawa engkau bunuh jama’ah yang bodoh tiada tahu perang jika engkau perang kami nescaya engkau tahu kami manusia.