Ahad, 7 Ogos 2016

An Nisa' - Ayat 33 Ms 166

وَلِكُلٍّ جَعَلْنَا مَوَالِيَ مِمَّا تَرَكَ الْوَالِدَانِ وَالْأَقْرَبُونَ ۚ
Dan bagi tiap-tiap yang mati daripada laki-laki perempuan itu Kami jadi wali asobah diberi akan mereka itu daripada barang yang tinggal oleh dua ibubapa dan segala kerabat daripada harta
وَالَّذِينَ عَقَدَتْ أَيْمَانُكُمْ
Dan segala mereka yang berakad sumpah kamu bersaudara dan bertolong-tolong dan pesaka seperti pada masa jahiliyyah dan awal Islam
فَآتُوهُمْ نَصِيبَهُمْ ۚ
Maka beri oleh kamu akan bahagian mereka itu daripada pesaka iaitu sudus dan ini mansukh dengan firmanNya
وأولوا الأرحام بعضهم أولى ببعض
Dan orang yang empunya rahim itu setengah mereka itu aula dengan setengah maka orang yang berakad saudara bertolong-tolong ini bukan daripada zu arham
إِنَّ اللَّهَ كَانَ عَلَىٰ كُلِّ شَيْءٍ شَهِيدًا

Bahawasanya Allah Ta’ala itu ada Ia atas tiap-tiap sesuatu Amat Melihat dan setengah daripadanya hal kamu