Khamis, 11 Ogos 2016

An Nisa' - Ayat 35 Ms 168

وَإِنْ خِفْتُمْ شِقَاقَ بَيْنِهِمَا
Dan jika kamu takut akan bersalahan kedua laki isteri
فَابْعَثُوا حَكَمًا مِنْ أَهْلِهِ وَحَكَمًا مِنْ أَهْلِهَا
Maka angkat oleh kamu seorang hakim daripada ahli suami dan seorang daripada ahli isteri dengan redha keduanya dan wakil suami akan hakimnya pada talaq dan diterima tebusan dan isteri wakil pada hakimnya pada khulu’ dan bayar tebusan maka ijtihad kedua pada buat mslihat daripada sulhu atau cerai
إِنْ يُرِيدَا إِصْلَاحًا يُوَفِّقِ اللَّهُ بَيْنَهُمَا ۗ
Jika menghendaki kedua hakim akan sulhu nescaya memberi taufiq Allah Ta’ala antar keduanya daripada sulhu atau cerai
إِنَّ اللَّهَ كَانَ عَلِيمًا خَبِيرًا

Bahawasa Allah Ta’ala itu adalah Ia Tuhan yang Amat mengetahui yang azhir lagi mengetahu yang batin