Isnin, 26 Mac 2018

Al Maidah - Ayat 39


فَمَنْ تَابَ مِنْ بَعْدِ ظُلْمِهِ وَأَصْلَحَ
Maka barang siapa yang taubat daripada kemudian zalimnya dan beramal soleh ia
فَإِنَّ اللَّهَ يَتُوبُ عَلَيْهِ ۗ
Maka bahawasa Allah Ta’ala itu memberi taubat ia atasnya
إِنَّ اللَّهَ غَفُورٌ رَحِيمٌ
Bahawasa Allah Ta’ala itu Tuhan yang Amat Mengampuni lagi amat Perahim

Al Maidah - Ayat 38 Ms 223 Baris 9 Dari Bawah


HUKUM MENCURI
وَالسَّارِقُ وَالسَّارِقَةُ فَاقْطَعُو ا أَيْدِيَهُمَا
Dan bermula lelaki yang mencuri dan perempuan yang mencuri itu maka kerat oleh kamu akan tangan keduanya pada pergelangan tangan kanan dan jika balik kerat kaki kiri dan yang ketika tangan kiri dan yang kempat kaki kanan kemudia dita’zir dengan apa yang difikir oleh raja-raja
جَزَاءً بِمَا كَسَبَا
Balasan dengan barang yang diusahakan mencuri
نَكَالًا مِنَ اللَّهِ ۗ
Siksa daripada Allah bagi keduanya teladan bagi lainnya
وَاللَّهُ عَزِيزٌ حَكِيمٌ
Dan bermula Allah Ta’ala itu Tuhan Yang Amat Berkekerasan di atas kerjaannya lagi amat Halim pada perbuatanNya.

Al Maidah - Ayat 37 Ms 223 Baris 13 Dari Atas


يُرِيدُونَ أَنْ يَخْرُجُوا مِنَ النَّارِ وَمَا هُمْ بِخَارِجِينَ مِنْهَا ۖ وَلَهُمْ عَذَابٌ مُقِيمٌ

Cita-cita mereka itu bahawa keluar mereka itu daripada neraka tetapi tiada mereka itu dikeluar daripadanya dan bagi mereka itu azab yang berkekalan selama-lama didalam neraka