فَبَعَثَ اللَّهُ غُرَابًا يَبْحَثُ فِي
الْأَرْضِ
Maka
membangkit Allah Ta’ala akan seekor burund dindang mengorek akan tanah dengan
paruhnya dan dua kakinya dan kambus akan dia atas burung dindang yang mati
sertanya dalam lubang hingga tertutup ia
‘لِيُرِيَهُ كَيْفَ يُوَارِي سَوْءَةَ أَخِيهِ
ۚ
Supaya
memperlihat akan dia qabil betapa menutup ia akan kemaluan saudaranya
قَالَ يَا وَيْلَتَا أَعَجَزْتُ أَنْ أَكُونَ
مِثْلَ هَٰذَا الْغُرَابِ
Kata
qabil hai kebinasaan aku telah gemahlah aku bahawa jadi aku seumpama burung
dindang ini
فَأُوَارِيَ سَوْءَةَ أَخِي ۖ
Maka
aku hendak tutup akan kemaluan saudaraku
فَأَصْبَحَ مِنَ النَّادِمِينَ
Maka
jadilah ia daripada jumlah segala orang yang menyesal atas galinya dan korek
lubangnya dan kambusnya dan jadi hitam tubuh qabil dan melepas diri daripadanya
oleh dua ibu bapanya dan mengambil qabil dengan tangan saudaranya Iqlima per gi
kepada Aden tanah Yaman maka datang Iblis katanya hanya maka api akan qurban
habil itu keadaan ia sembah api maka dirikan olehmu akan rumah api ada ia bagi
engkau dan anak cucu engkau maka memperbuat ia akan rumah api maka ialah oleh
orang yang menyembah api maka berkekalan anak-anak qabil atas sembah api
kemudian daripada mati qabil hingga di karamkan Allah akan mereka itu sekelian
dengan taufan Nabi Nuh tiada tinggal seorang dan tinggal anak cucu Syith hingga
hari kiamat
Tiada ulasan:
Catat Ulasan