Isnin, 29 Januari 2018

Al Maidah - Ayat 14 Ms 214 Baris Ke 4 Dari Atas

Perjanjian Nasara
وَمِنَ الَّذِينَ قَالُوا إِنَّا نَصَارَىٰ أَخَذْنَا مِيثَاقَهُمْ
Dan daripada segala mereka itu yang berkata kami nasara itu telah kami ambil janji mereka itu dalam Injil seperti kami ambil daripada Bani Israel yahudi dalam Taurat dahulu itu
فَنَسُوا حَظًّا مِمَّا ذُكِّرُوا بِهِ
Maka lupa mereka itu akan bahagian perjanjian daripada yang diperingat mereka itu dengannya dalam injil daripada beriman dengan Nabi Muhammad dan lainnya dan membatal mereka itu akan perjanjian
فَأَغْرَيْنَا بَيْنَهُمُ الْعَدَاوَةَ وَالْبَغْضَاءَ إِلَىٰ يَوْمِ الْقِيَامَةِ ۚ و
Maka kami perjumpa antara mereka itu akan berseteru seteru dan bermarah marah hingga hari kiamat dengan berpecah-pecah dan bersalah salahan mereka itu jadi tiga firqah Nusturiah Mulkaniah Yaakubiah tiap-tiap firqah mengkufur akan yang lain I’tikad yaakubiah Allah itu Isa I’tikad Nusturiah tuhan tiga Allah Isa Maryam Mulkaniah Isa anak Allah
َسَوْفَ يُنَبِّئُهُمُ اللَّهُ بِمَا كَانُوا يَصْنَعُونَ
Dan lagi mengkhabar akan mereka itu oleh Allah pada Akhirat dengan barang yang ada mereka itu perbuatan mereka itu yang salah maka membalas ia akan mereka itu atasnya