Isnin, 16 Julai 2018

Al Maidah - Ayat 50 Ms 229 Baris Ke 7



أَفَحُكْمَ الْجَاهِلِيَّةِ يَبْغُونَ ۚ
Maka adakah hukum Jahiliyyah itu tuntut mereka itu iaitu hukum ikut hawa nafsu
وَمَنْ أَحْسَنُ مِنَ اللَّهِ حُكْمًا لِقَوْمٍ يُوقِنُونَ
Dan tiada seorang yang terlebih pandai daripada Allah Ta’ala menghukum pada kaum yang yakin mereka itu

Al Maidah - Ayat 49 Ms 228 Baris Ke 3 Dari Bawah


  وَأَنِ احْكُمْ بَيْنَهُمْ بِمَا أَنْزَلَ اللَّهُ
Dan bahawa hukum olehmu ya Muhammad antara mereka itu ahli kitab itu dengan barang hukum yang diturun oleh Allah kepada engkau
وَلَا تَتَّبِعْ أَهْوَاءَهُمْ
Dan jangan engkau ikut akan hawa nafsu mereka itu
وَاحْذَرْهُمْ أَنْ يَفْتِنُوكَ عَنْ بَعْضِ مَا أَنْزَلَ اللَّهُ إِلَيْكَ ۖ
Maka jaga olehmu ya Muhammad akan mereka itu bahawa fitnah bagi menyesatkan mereka itu akan dikau daripada meninggalkan setengah barang hukum yang telah diturunkan oleh Allah Ta’ala kepada engkau
فَإِنْ تَوَلَّوْا
Maka jika berpaling mereka itu daripada hukum yang diturun dan kehendak mereka itu yang lainnya
فَاعْلَمْ أَنَّمَا يُرِيدُ اللَّهُ أَنْ يُصِيبَهُمْ بِبَعْضِ ذُنُوبِهِمْ ۗ
Maka ketahu olehmu ya Muhammad hanya menghendaki Allah Ta’ala bahawa mengena ia akan mereka itu azab dunia dengan setengah dosa mereka itu dan balas atas sekelian dosa mereka itu pada Akhirat
وَإِنَّ كَثِيرًا مِنَ النَّاسِ لَفَاسِقُونَ
Dan bahawa kebanyakan daripada manusia iu fasiq sekelian