Jumaat, 27 Julai 2018

Al Maidah - Ayat 57 Ms 231 Baris Ke 14


TEGAH BERSETIA DENGAN ORANG KAFIR
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لَا تَتَّخِذُوا الَّذِينَ اتَّخَذُوا دِينَكُمْ هُزُوًا وَلَعِبًا مِنَ الَّذِينَ أُوتُوا الْكِتَابَ مِنْ قَبْلِكُمْ وَالْكُفَّارَ أَوْلِيَاءَ ۚ
Hai segala orang mukminin jangan kamu ambil segala mereka yang mengambil agama kamu perbuat olok-olok dan bermain-main daripada segala mereka yang diberi kitab dahulu daripada kamu daripada yahudi nasara dan segala kafir itu perbuat auliya’ iaitu bersetia dan bertolong-tolong dan berkasih-kasih
وَاتَّقُوا اللَّهَ إِنْ كُنْتُمْ مُؤْمِنِينَ
Dan takut oleh kamu akan Allah pada mengauliya’ akan mereka itu jika ada kamu itu beriman Sebenar-benarnya

Al Maidah - Ayat 56 Ms 231 Baris ke 9


وَمَنْ يَتَوَلَّ اللَّهَ وَرَسُولَهُ وَالَّذِينَ آمَنُوا فَإِنَّ حِزْبَ اللَّهِ هُمُ الْغَالِبُونَ

Dan barang siapa yang berwali bersetia kepada Allah dan RasulNya dan segala orang mukminin itu maka bahawasanya jamaah ikutan Allah Ta’ala mereka itulah yang menang sekelian kerana ditolong Allah akan mereka