Isnin, 3 Ogos 2015

Ali Imran - Ayat 89



 إِلَّا الَّذِينَ تَابُوا مِنْ بَعْدِ ذَٰلِكَ وَأَصْلَحُوا
Melainkan segala mereka yang taubat mereka itu dan beramal yang soleh-soleh
فَإِنَّ اللَّهَ غَفُورٌ رَحِيمٌ {89}
Maka bahasanya Allah Ta’ala Tuhan yang amat mengampuni lagi amat kasih sayang.

Ali Imran - Ayat 88



خَالِدِينَ فِيهَا لَا يُخَفَّفُ عَنْهُمُ الْعَذَابُ وَلَا هُمْ يُنْظَرُونَ {88}
Tiada diringan daripada mereka itu akan azab dan tiada mereka itu dinanti.

Ali Imran - Ayat 87



 أُولَٰئِكَ جَزَاؤُهُمْ أَنَّ عَلَيْهِمْ لَعْنَةَ اللَّهِ وَالْمَلَائِكَةِ وَالنَّاسِ أَجْمَعِينَ {87}
Bermula mereka itu balas mereka itu bahasa atas mereka itu laknat Allah dan Malaikat dan manusia sekelian hal keadaan kekal sekelian pada dalamnya laknat atau neraka

Ali Imran - Ayat 86



كَيْفَ يَهْدِي اللَّهُ قَوْمًا كَفَرُوا بَعْدَ إِيمَانِهِمْ وَشَهِدُوا أَنَّ الرَّسُولَ حَقٌّ وَجَاءَهُمُ الْبَيِّنَاتُ ۚ وَاللَّهُ لَا يَهْدِي الْقَوْمَ الظَّالِمِينَ {86}
Betapa menghidayah Allah akan kaum yang jadi kafir mereka itu kemudian daripada iman ereka itu dan naik saksi mereka itu bahawasa Rasul Muhammad itu sebenar dan datang akan mereka itu oleh beberapa kenyataan mukjizat atas benarya dan Allah Ta’ala tiada hidayah Ia akan kaum yang zalim dengan jadi kafir.

Ali Imran - Ayat 85



وَمَنْ يَبْتَغِ غَيْرَ الْإِسْلَامِ دِينًا فَلَنْ يُقْبَلَ مِنْهُ وَهُوَ فِي الْآخِرَةِ مِنَ الْخَاسِرِينَ {85}
Dan barang siapa tuntut lain agama Islam itu agama maka tiada diterima daripadanya dan ia pada akhirat daripada jumlah segala orang yang dapat kerugian kerana kembali mereka itu kepada neraka yang muabadah selama-lamanya.

Ayat 84 - Ali Imran



قُلْ
Kata olehmu Ya Muhammad
آمَنَّا بِاللَّهِ وَمَا أُنْزِلَ عَلَيْنَا وَمَا أُنْزِلَ عَلَىٰ إِبْرَاهِيمَ وَإِسْمَاعِيلَ وَإِسْحَاقَ وَيَعْقُوبَ وَالْأَسْبَاطِ وَمَا أُوتِيَ مُوسَىٰ وَعِيسَىٰ وَالنَّبِيُّونَ مِنْ رَبِّهِمْ لَا نُفَرِّقُ بَيْنَ أَحَدٍ مِنْهُمْ وَنَحْنُ لَهُ مُسْلِمُونَ {84}
Telah beriman kami dengan Allah dan barang yang diturun atas kami dan yang diturun atas Ibrahim dan Ismail dan Ishaq dan segala anak cucunya dan barang yang didatang akan Musa dan Isa dan segala Nabi-nabi daripada Tuhan mereka itu tiada kami farq antara seorang daripada mereka itu dan kami baginya ikhlas ibadat sekelian dan turun pada orang yang murtad dua belas orang keluar ke Mekah jadi kafir.