Isnin, 10 Februari 2014

Al Baqarah - Ayat 173



إِنَّمَا حَرَّمَ عَلَيْكُمُ الْمَيْتَةَ وَالدَّمَ وَلَحْمَ الْخِنزِيرِ وَمَا أُهِلَّ بِهِ لِغَيْرِ اللّهِ فَمَنِ اضْطُرَّ غَيْرَ بَاغٍ وَلاَ عَادٍ فَلا إِثْمَ عَلَيْهِ إِنَّ اللّهَ غَفُورٌ رَّحِيمٌ
Sesungguhnya Allah hanya mengharamkan kepada kamu memakan bangkai, dan darah, dan daging babi, dan binatang-binatang yang disembelih tidak kerana Allah maka sesiapa terpaksa (memakannya kerana darurat) sedang ia tidak mengingininya dan tidak pula melampaui batas (pada kadar benda yang dimakan itu), maka tidaklah ia berdosa. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani
 
TAFSIR NURUL IHSAN

إِنَّمَا حَرَّمَ عَلَيْكُمُ الْمَيْتَةَ
Hanya haram Ia atas kamu bangkai, iaitu binatang halal mati tiada sembelih syara’ dan juzuk yang dipotong daripada binatang yang hidup lain daripada ikan dan belalang

وَالدَّمَ
Dan dari yang mengalir
وَلَحْمَ الْخِنزِيرِ
Dan daging babi
وَمَا أُهِلَّ بِهِ لِغَيْرِ اللّهِ
Dan binatang yang disembelih dengan bagi lain nama Allah seperti nama jin dan raja
فَمَنِ اضْطُرَّ
Maka bermula mereka yang sangat lapar maka makan ia akan satu yang tersebut itu
غَيْرَ بَاغٍ وَلاَ عَادٍ
Tiada ‘bughah’ yakni melawan raja dan tiada sengaja menyamun di jalan
فَلا إِثْمَ عَلَيْهِ
Maka tiada dosa atasnya
إِنَّ اللّهَ غَفُورٌ رَّحِيمٌ
Bahawasanya Allah ta’ala itu Tuhan yang amat mengampuni bagi auliya’Nya lagi amat rahim bagi ahli taat-Nya.