Isnin, 16 Mei 2016

An-Nisa' - Ayat 1 (M/s 154)

 أَيُّهَا النَّاسُ اتَّقُوا رَبَّكُمُ الَّذِي خَلَقَكُمْ مِنْ نَفْسٍ وَاحِدَةٍ
Hai segala manusia takut oleh kamu akan Tuhan kamu yang menjadi IA akan kamu daripada diri yang satu Adam dengan kamu taat akan DIA dan jangan kamu maksiatkan DIA
وَخَلَقَ مِنْهَا زَوْجَهَا
Dan menjadi IA daripadanya Adam itu isterinya Hawa’ daripada satu tulang rusuk Adam yang kiri dalam Syurga dengan tiada berasa Adam
وَبَثَّ مِنْهُمَا رِجَالًا كَثِيرًا وَنِسَاءً  
Dan menghambur IA daripada keduanya akan beberapa laki-laki yang banyak dan perempuan yang banyak kata setengah ulama tiada mati Adam hingga lihat anak cucu cicit empat puluh ribu
وَاتَّقُوا اللَّهَ الَّذِي تَسَاءَلُونَ بِهِ
Dan takut oleh kamu akan Allah Ta’ala Tuhan yang kamu berpinta-pinta dengannya seperti kata setengah kepada setengah
أسألُك بالله وأنشدُك بالله
Aku pinta akan dikau dengan nama Allah dan aku bersumpah akan dikau dengan nama Allah berikan daku anu
وَالْأَرْحَامَ
Dan takut kamu akan segala Rahim kerana memutuskan Rahim itu dosa besar dan membawa kepapaan dan pendek umor dan sebab segala kejahatan dan menghubung itu pintu kebajikan dan panjang umor dan murah rezeki rupanya hubung Rahim itu dengan berbuat kebaikkan dan khidmat dan sempurna hajat dan dengan beri surat jika jauh dan beriberi-berian
 إِنَّ اللَّهَ كَانَ عَلَيْكُمْ رَقِيبًا  
Bahawasanya Allah Ta’ala itu adalah mengintai-intai segala amalan kamu maka membalas akan kamu dengannya dan turun pada anak yatim yang menuntut daripada walinya hartanya maka menegah IA akan dia dan pergi mereka itu kepada Nabi Muhammad sollahu alahi wasallam