Isnin, 2 April 2018

Al Maidah - Ayat 40 Ms 224 Baris Pertama


أَلَمْ تَعْلَمْ أَنَّ اللَّهَ لَهُ مُلْكُ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ
Tiadakah engkau ketahui bahawasanya Allah Ta’ala itu baginya milik tujuh petala langit dan bumi
يُعَذِّبُ مَنْ يَشَاءُ وَيَغْفِرُ لِمَنْ يَشَاءُ ۗ
Mengazab ia kepada merek yang dikehendki daripada seterunya dan mengampuni Ia bagi mereka yang dikehendaki daripada kekasihNya
وَاللَّهُ عَلَىٰ كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ
Dan bermula Allah Ta’ala di atas tiap-tiap suatu itu amat kuasa


**** utk peringatan - ayat 40 adalah ayat terakhir yang dibentang pada Selasa 3 Apr 2018 di Masjid Bukit Indah, Ampang.

Hari Selasa 3/4/18 pembentang akan mendaftar di wad jantung di PPUM, dan akan menjalani pembedahan bypass pada Khamis 5/4/18, mohon doa dari semua yang membaca mesej ini, mudah-mudahan Allah beri kemudahan sebelum, semasa dan selepas pembedahan untuk terus menyambung kerja-kerja dakwah.