Rabu, 20 Disember 2017

An Nisa' - Ayat 175 Baris Ke 11 Dari Atas

فَأَمَّا الَّذِينَ آمَنُوا بِاللَّهِ وَاعْتَصَمُوا بِهِ فَسَيُدْخِلُهُمْ فِي رَحْمَةٍ مِنْهُ وَفَضْلٍ وَيَهْدِيهِمْ إِلَيْهِ صِرَاطًا مُسْتَقِيمًا

Maka adapun segala mereka yang beriman dengan Allah dan bergantung mereka itu dengannya maka lagi memasuk ia akan mereka itu pada rahmat daripadaNya dan kelebihan dan menghidayah akan mereka itu kepada jalan agama yang betul iaitu agama Islam

An Nisa' - Ayat 174 Baris Ke 10 Dari Atas

يَا أَيُّهَا النَّاسُ قَدْ جَاءَكُمْ بُرْهَانٌ مِنْ رَبِّكُمْ
Hai segala manusia sungguh telah dating akan kamu itu keterangan hidayah daripada Tuhan kamu atas kamu iaitu Nabi Muhammad sollahu alaihi wasallam dan Quran
وَأَنْزَلْنَا إِلَيْكُمْ نُورًا مُبِينًا

Dan kami turun kepada kamu nur yang nyata iaitu Quran

An Nisa' - Ayat 173 Baris Paling Atas

فَأَمَّا الَّذِينَ آمَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ فَيُوَفِّيهِمْ أُجُورَهُمْ وَيَزِيدُهُمْ مِنْ فَضْلِهِ ۖ
Maka adapun segala mereka yang beriman dan beramal mereka itu akan amal yang soleh-soleh maka lagi menyempurnakan Allah akan mereka itu akan pahala mereka itu dan tambah ia akan mereka itu barang yang tiada pernah mata melihat dan tiada telinga mendengar dan tiada terlintas atas hati manusia daripada syurga dan barang yang di dalamnya
وَأَمَّا الَّذِينَ اسْتَنْكَفُوا وَاسْتَكْبَرُوا فَيُعَذِّبُهُمْ عَذَابًا أَلِيمًا
Dan adapun segala mereka yang menegah menyembah Allah dan takabur mereka itu maka lagi mengazab ia akan mereka itu akan azab yang sangat sakit neraka dengan ular kalanya
وَلَا يَجِدُونَ لَهُمْ مِنْ دُونِ اللَّهِ وَلِيًّا وَلَا نَصِيرًا

Dan tiada dapat mereka itu bagi mereka itu daripada lain Allah itu wali dan tiada yang menolong melepas mereka itu daripada azab neraka