Ahad, 20 November 2016

An Nisa' - Ayat 68 Ms 177

وَلَهَدَيْنَاهُمْ صِرَاطًا مُسْتَقِيمًا

Dan kami hidayah akan mereka itu akan jalan yang betul agama Islam berkata setengah sahabat bagi Nabi sollahu alaihi wasallam betapa kami lihat engkau pada dalam syurga dan engkau pada darjat yang tinggi dan kami pada bawah daripada engkau maka turun kisah yang taat 

An Nisa' - Ayat 67 Ms 177

وَإِذًا لَآتَيْنَاهُمْ مِنْ لَدُنَّا أَجْرًا عَظِيمًا

Dan keika itu kami datang akan mereka itu akan pahala yang besar-besar syurga

An Nisa' - Ayat 066 Ms 176 -177

وَلَوْ أَنَّا كَتَبْنَا عَلَيْهِمْ أَنِ اقْتُلُوا أَنْفُسَكُمْ أَوِ اخْرُجُوا مِنْ دِيَارِكُمْ مَا فَعَلُوهُ إِلَّا قَلِيلٌ مِنْهُمْ ۖ
Dan jika bahawa kami fardhu atas mereka itu bahawa bunuh oleh kamu akan diri kamu atau keluar kamu daripada kampong kau seperti barang yang kami fardhu atas Bani Isrel taubat dengan bunuh nescaya tiada perbuat mereka itu akan dia melainkan sedikit daripada mereka itu
وَلَوْ أَنَّهُمْ فَعَلُوا مَا يُوعَظُونَ بِهِ لَكَانَ خَيْرًا لَهُمْ
Dan jika mereka itu kerja barang yang diajar mereka itu dengannya daripada taat akan Allah dan rasulNya itu nescaya adalah terlebih baik bagi mereka itu dunia akhirat
وَأَشَدَّ تَثْبِيتًا

Dan terlebih kuat tahqiq bagi iman mereka itu

An Nisa' - Ayat 65 Ms 176

فَلا وَرَبِّكَ لا يُؤْمِنُونَ حَتَّىٰ يُحَكِّمُوكَ فِيمَا شَجَرَ بَيْنَهُمْ ثُمَّ لا يَجِدُوا فِي أَنْفُسِهِمْ حَرَجًا مِمَّا قَضَيْتَ وَيُسَلِّمُوا تَسْلِيمًا

Maka demi Tuhan engkau Ya Muhammad tiada beriman mereka itu dengan sebenar-benar hingga tahkim mereka itu akan dikau pada barang yang berselisihan antara mereka itu kemudian tiada dapat mereka itu pada hati sempit atas syak daripada barang yang telah engkau hukum dengannya dan berserah mereka itu bagi hukum engkau semata-mata akan sebagai berserah daripada ketiadaan melintang zahir batinya

An Nisa' - Ayat 64 Ms 176

وَمَا أَرْسَلْنَا مِنْ رَسُولٍ إِلَّا لِيُطَاعَ
Dan tiada kami suruh daripada seorang rasul itu melainkan supaya orang taat ikut akan dia pada barang yang disuruh dengannya
بِإِذْنِ اللَّهِ
Dengan izin Allah tiada bahawa derhaka dan disalahi akan dia
وَلَوْ أَنَّهُمْ إِذْ ظَلَمُوا أَنْفُسَهُمْ جَاءُوكَ فَاسْتَغْفَرُوا اللَّهَ وَاسْتَغْفَرَ لَهُمُ الرَّسُولُ لَوَجَدُوا اللَّهَ تَوَّابًا رَحِيمًا

Dan jika bahawa mereka itu ketika zalim mereka itu akan diri mereka akan datang mereka itu akan dikau Ya Muhammad taubat maka minta ampun mereka itu akan Allah Ta’ala dan minta ampun bagi mereka itu oleh Rasul nescaya dapat mereka itu akan Allah Ta’ala itu Tuhan yang menerima taubat lagi kasih sayang dengan mereka itu