Selasa, 31 Julai 2018

Al Maidah - Ayat 59 Ms 232 Baris Ke 2


KEKEJIAN YAHUDI
Dan turun tatkala berkata yahudi bagi Nabi sollahu alaihi wassallam dengan siapa tuan beriman daripada rasul maka sabdanya dengan Allah dan barang yang diturunkan kepada kami maka tatkala disebut Isa kata mereka itu tiada kami ketahui agama yang terlebih dihodoh daripada agama kamu dan tiada kami beriman dengan Isa
قُلْ يَا أَهْلَ الْكِتَابِ
Kata olehmu hai ali kitab
هَلْ تَنْقِمُونَ مِنَّا إِلَّا أَنْ آمَنَّا بِاللَّهِ وَمَا أُنْزِلَ إِلَيْنَا وَمَا أُنْزِلَ مِنْ قَبْلُ

Tiada kamu benci daripada kami melankan sebab kami beriman dengan Allah dan barang yang diturun kepada kami dan barang yang diturunkan kepada nabi-nabi yang dahulu daripada kami sahaja bukan lain sebab
وَأَنَّ أَكْثَرَكُمْ فَاسِقُونَ
Dan bahawa kebanyakan kamu itu fasiq sekelian kerana iman dengan Allah dan segala kitab Allah itu wajib dan tiada daripada jenis yang patut angkara dan benci maka orang yang tiada beriman dengan Allah dan kitab itu kafir


Al Maidah - Ayat 58 Ms 231 Baris Ke 6 Dari Bawah


 
وَإِذَا نَادَيْتُمْ إِلَى الصَّلَاةِ اتَّخَذُوهَا هُزُوًا وَلَعِبًا ۚ
Dan apabila kamu seru kepada sembahyang dengan bang nescaya diambil mereka itu akan dia perbuat olok-olok dan bermain-main dengan gelak-gelak
ذَٰلِكَ بِأَنَّهُمْ قَوْمٌ لَا يَعْقِلُونَ
Bermula yang demikian itu dengan sebab hawa mereka itu kaum yang tiada beraqal sekelian.