Isnin, 16 Oktober 2017

An Nisa' - Ayat 146 Ms 199 Baris ke 10 dari bawah

إلَّا الَّذِينَ تَابُوا وَأَصْلَحُوا وَاعْتَصَمُوا بِاللَّهِ وَأَخْلَصُوا دِينَهُمْ لِلَّهِ
Melainkan segala mereka yang taubat mereka itu dan beramal soleh mereka itu dan berpegang mereka itu dengan Allah Ta’ala dan ikhlas mereka itu akan agama mereka itu bagi Allah semata-mata
فَأُولَٰئِكَ مَعَ الْمُؤْمِنِينَ ۖ
Maka bermula mereka itu serta segala orang mukminin pada barang yang mengerjakan mereka itu akan dia
وَسَوْفَ يُؤْتِ اللَّهُ الْمُؤْمِنِينَ أَجْرًا عَظِيمًا
Dan lagi akan memberi Allah Ta’ala akan segala orang mukminin itu akan Pahala yang yang besar-besar pada akhirat Syurga

An Nisa' - Ayat 145 Ms 199 Baris Ke 11 dari atas

إِنَّ الْمُنَافِقِينَ فِي الدَّرْكِ الْأَسْفَلِ مِنَ النَّارِ
Bahawa segala orang munafiq itu pada tempat yang di bawah daripada neraka
وَلَنْ تَجِدَ لَهُمْ نَصِيرًا

Dan tiada engkau dapat bagi mereka itu pertolongan melepas daripada azab

An Nisa' - Ayat 144 Ms 199 Baris Ke 7

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لَا تَتَّخِذُوا الْكَافِرِينَ أَوْلِيَاءَ مِنْ دُونِ الْمُؤْمِنِينَ ۚ
Hai segala orang yang mukminin jangan kamu ambil akan orang-orang kafir perbuat perbantahan dan persetian daripada lain orang mukminin
أَتُرِيدُونَ أَنْ تَجْعَلُوا لِلَّهِ عَلَيْكُمْ سُلْطَانًا مُبِينًا

Adakah kamu kehendaki bahawa kamu jadi bagi Allah atas kamu itu keterangan yang menyata atas munafiq kamu