Rabu, 14 Jun 2017

An Nisa' - Ayat 94 Ms 186

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِذَا ضَرَبْتُمْ فِي سَبِيلِ اللَّهِ فَتَبَيَّنُوا
Hai segala mereka yang beriman apabila musafir kamu pada berperang sabilillah maka ambil kenyataan oleh kamu hingga menyata muslim daripada kafir

وَلَا تَقُولُوا لِمَنْ أَلْقَىٰ إِلَيْكُمُ السَّلَامَ لَسْتَ مُؤْمِنًا
Dan jangan kamu kata bagi mereka yang melontar kepada kamu salam itu tiada engkau beriman dan hanya kata kerana memelihara nyawa dan hartanya maka kamu bunuh akan dia

تَبْتَغُونَ عَرَضَ الْحَيَاةِ الدُّنْيَا
Kamu tuntut akan mati tanda hidup dunia rampasan

فَعِنْدَ اللَّهِ مَغَانِمُ كَثِيرَةٌ ۚ
Maka pada sisi Allah Taa’ala beberapa ghanimah yang banyak mengkaya akan kamu daripada bunuh kerana harta

كَذَٰلِكَ كُنْتُمْ مِنْ قَبْلُ
Seperti demikian itulah ada kamu dariapda masa dahulu dipelihara darah kamu dan harta kamu dengan semata-mata kalimah syahadah sahaja

فَمَنَّ اللَّهُ عَلَيْكُمْ
Maka mengurnia Allah ta’ala atas kamu dengan masyhur iman dan istiqamah

فَتَبَيَّنُوا ۚ
Maka apabila kenyataan oleh kamu bahawa jangan kamu bunuh orang mukmin dan perbuat oleh kamu dengan orang yang masuk Islam seperti barang yang diperbuat dengan kamu pada mula kamu Islam

إِنَّ اللَّهَ كَانَ بِمَا تَعْمَلُونَ خَبِيرًا

Bahawasa Allah ta’ala adalah Ia dengan barang yang kamu beraqal itu amat mengetahui maka membalas akan kamu dengannya