Rabu, 26 Ogos 2015

Ali Imran - Ayat 100 & 101



يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِنْ تُطِيعُوا فَرِيقًا مِنَ الَّذِينَ أُوتُوا الْكِتَابَ يَرُدُّوكُمْ بَعْدَ إِيمَانِكُمْ كَافِرِينَ {100}
وَكَيْفَ تَكْفُرُونَ وَأَنْتُمْ تُتْلَىٰ عَلَيْكُمْ آيَاتُ اللَّهِ وَفِيكُمْ رَسُولُهُ ۗ
Hai segala orang yang mukminin jika kamu taat akan satu firqah daripada segala mereka Yahudi yang diberi akan kitab itu nescaya mengembali mereka itu akan kamu kemudian daripada iman kamu jadi kafir sekelian dan betapa jadi kufur kamu dan kamu itu dibacakan atas kamu segala ayat Alah Ta’ala dan ada pada kamu itu RasulNya Muhammad
وَمَنْ يَعْتَصِمْ بِاللَّهِ فَقَدْ هُدِيَ إِلَىٰ صِرَاطٍ مُسْتَقِيمٍ {101}
Dan barang siapa yang berpegang dengan Allah Ta’ala pada segala perkara maka sungguh telah dihidayah akan dia kepada jalan yang betul agama yang sebenar

Ali Imran - Ayat 99



قُلْ يَا أَهْلَ الْكِتَابِ لِمَ تَصُدُّونَ عَنْ سَبِيلِ اللَّهِ مَنْ آمَنَ تَبْغُونَهَا عِوَجًا
Hai ahli kitab kerana apa kamu palingkan manusia daripada jalan agama Allah akan mereka yang beriman dengan kamu dusta Nabi dan sembunyi sifatnya kamu tuntut akan jalan yang betul beri jadi bengkok
 وَأَنْتُمْ شُهَدَاءُ ۗ
Dan kamu itu ketahui kamu dengan bahawa agama yang diredhai itu agama Islam seperti dalam kitab kamu
وَمَا اللَّهُ بِغَافِلٍ عَمَّا تَعْمَلُونَ {99}
Dan tiada Allah Ta’ala itu dengan lalai daripada barang yang kamu kerja daripada kufur akan Allah dan dusta nabinya dita’khir akan azab kamu kepada waktu kamu supaya dibalas akan kamu dan turun tatkala lalu setengah yahudi atas jamalah Aus dan Khazraj maka marah akan dia berjinak-jinak mereka itu maka sebut ia akan mereka itu barang yang jadi antara mereka itu masa jahiliyah daripada fitnah dan berbunuh-bunuh maka berbangkit marahlah mereka itu dan hampir berperang mereka itu

Ali Imran - Ayat 98



قُلْ
Kata olehmu
يَا أَهْلَ الْكِتَابِ لِمَ تَكْفُرُونَ بِآيَاتِ اللَّهِ وَاللَّهُ شَهِيدٌ عَلَىٰ مَا تَعْمَلُونَ
Hai ahli kitab kerana apa kamu kufur dengan segala ayat Allah Ta’ala Quran itu dan Allah Ta’ala mengetahu atas barang yang kamu perbuat maka membalas Ia akan kamu atasnya