Rabu, 24 Februari 2016

Ali Imran - Ayat 165



أَوَلَمَّا أَصَابَتْكُمْ مُصِيبَةٌ قَدْ أَصَبْتُمْ مِثْلَيْهَا قُلْتُمْ
Adalah tatkala kena akan kamu oleh musibah di Uhud dengan bunuh tujuh puluh sungguh telah kena kamu dua gandanya dengan Badar dengan bunuh tujuh puloh dan tawan tujuh puloh daripada mereka itu kuffar itu kamu kata
أَنَّىٰ هَٰذَا ۖ
Dari mana bagi kita ini kehinaan dan kita muslimun sekelian dan Rasulullah ada pada kita
قُلْ هُوَ مِنْ عِنْدِ أَنْفُسِكُمْ ۗ
Kata olehmu ya Muhammad iaitu kehinaan itu daripada diri kamu kerana kamu tinggal markaz tempat perang maka hina akan kamu dengan hazimah
إِنَّ اللَّهَ عَلَىٰ كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ {165}
Bahawasanya Allah Ta’ala atas tiap-tiap sesuatu itu amat kuasa dan daripadaNya pertolongan dan tegahnya dan sungguh membalas Ia akan kamu dengan sebab menyalahi kamu suruh Nabi kamu.