Isnin, 2 November 2015

Ali Imran - Ayat 134



الَّذِينَ يُنْفِقُونَ فِي السَّرَّاءِ وَالضَّرَّاءِ وَالْكَاظِمِينَ الْغَيْظَ وَالْعَافِينَ عَنِ
Segala mereka yang menafqah pada taat akan Allah pada ketika kaya dan papa dan segala mereka yang menegah akan marah ketika kuasanya dan segala yang maaf daripada manusia yang zalim akan mereka itu daripada siksa
النَّاسِ ۗ وَاللَّهُ يُحِبُّ الْمُحْسِنِينَ {134}
Dan Allah Ta’ala itu kasih ia akan segala orang yang berbuat ihsan kebajikan dengan ini segala perbuatan memberi pahala ia akan mereka itu.

Ali Imran - Ayat 133



وَسَارِعُوا إِلَىٰ مَغْفِرَةٍ مِنْ رَبِّكُمْ وَجَنَّةٍ عَرْضُهَا السَّمَاوَاتُ وَالْأَرْضُ
Bersegera oleh kamu keapda kabjikan fardhu sunat yang mendapat ampun daripada Tuhan kamu dan syurga libarnya seperti libar tujuh petala langit dan bumi apabila dihubung salah satu keduanya dengan yang lain
أُعِدَّتْ لِلْمُتَّقِينَ {133}
Disediakan dia bagi sekelian orang yang takut akan Allah dengan kerja taat dan tinggal ma’siat.

Ali Imran - Ayat 132

AYAT 132
وَأَطِيعُوا اللَّهَ وَالرَّسُولَ لَعَلَّكُمْ تُرْحَمُونَ {132}
Dan taat oleh kamu akan Allah dan Rasul pada barang yang menyuruh kedua akan kamu mudah-mudahan dapat rahmat kamu.

Ali Imran - Ayat 131



 وَاتَّقُوا النَّارَ الَّتِي أُعِدَّتْ لِلْكَافِرِينَ {131}
Dan takut oleh kamu akan neraka yang sedia bagi sekelian orang kafir bahawa di azab padanya