Isnin, 4 Mei 2015

Ali Imran - Ayat 44

ذَٰلِكَ مِنْ أَنْبَاءِ الْغَيْبِ نُوحِيهِ إِلَيْكَ ۚ
Bermula demikaian yang tersebut itu pekerjaan Zakaria dan Mariam itu daripada khabaran yang ajaib-ajaib daripada engkau ya Muhammad Kami wahyu akan dia kepada engkau
وَمَا كُنْتَ لَدَيْهِمْ إِذْ يُلْقُونَ أَقْلَامَهُمْ أَيُّهُمْ يَكْفُلُ مَرْيَمَ
Dan tiada engkau pada sisi mereka itu ketika melontar mereka itu akan qolam mereka itu buang undi siapa-siapa yang akan pelihara Mariam
وَمَا كُنْتَ لَدَيْهِمْ إِذْ يَخْتَصِمُونَ
Dan tiada engkau pada sisi mereka itu ketika berbatah mereka itu pada pelihara Mariam maka engkau ketahu dan engkau boleh berkhabar dengannya dan hanya engkau ketahui itu daripada jalan wahyu