![]() |
Teks Asal Nurul Ihsan Muka surat 95 |
لِلْفُقَرَاء الَّذِينَ أُحصِرُواْ
فِي سَبِيلِ اللّهِ
Sedekah itu bagi segala fuqora’ yang dihimpun pada perang sabilillah turun ini ayat pada
ahlissuffah empat ratus orang daripada orang muhajirin yang disedia bagi
belajar Quran dan keluar serta angkatan peperangan duduk di serambi masjid Nabi
لاَ يَسْتَطِيعُونَ ضَرْباً فِي
الأَرْضِ
Tiada kuasa mereka
itu berjalan di dalam bumi berniaga dan menununtu cari kehidupan kerana masghul
mereka itu dengan pergi berperang
يَحْسَبُهُمُ الْجَاهِلُ أَغْنِيَاء
Menyangka akan mereka
itu oleh orang-orang jahil kata kaya
مِنَ التَّعَفُّفِ
Daripada ta’affuf
meninggal minta sedekah dan cari harta
تَعْرِفُهُم بِسِيمَاهُمْ
Engkau kenal akan
mereka itu dengan alamat mereka itu daripada tawadhu’ dan bekas kesusahan
لاَ يَسْأَلُونَ النَّاسَ إِلْحَافاً
Tiada pinta sedekah
mereka itu akan manusia sekali-kali
وَمَا تُنفِقُواْ مِنْ خَيْرٍ فَإِنَّ
اللّهَ بِهِ عَلِيمٌ
Dan barang suatu yang
kamu nafkah daripada jalan kebajikan harta maka bahawasanya Allah Ta’ala
dengannya Amat Mengetahui maka membalas Ia atasnya.
![]() |
BAB TIDUR DALAM MASJID |
![]() |
Ketahuilah
kiranya saudaraku, dalam Mazhab SyafiI harus tidur dalam masjid di mana
Imam As-SyafiI dalam Al-Umm mendasarkan kepada hadith Turmudzi:
Sumber
Abdullah bin Umar b. Al-Khattab ra berkata: Adalah kami tidur di dalam
masjid di zaman hayat Nabi SAW, sedang kami orang muda-muda(belum
berkahwin).
Kata Abu Isa At-Turmudzi, hadith ini bertaraf hasan lagi shahih.
Masalah: Hukum tidur dalam masjid.
Kata
Abu Isa At-Turmudzi, sebahagian ilmuwan mengharuskan tidur dalam masjid
manakala sebahagian lagi sebaliknya kerana mengikutkan Ibnu Abbas ra
yang melarang tidur dalam masjid, baik di kala siang, mahupun di kala
malam.