
لَقَدْ مَنَّ اللَّهُ عَلَى الْمُؤْمِنِينَ إِذْ بَعَثَ
فِيهِمْ رَسُولًا مِنْ أَنْفُسِهِمْ
Demi Allah
sungguh telah mengkurnia Allah Ta’ala atas segala orang mukminin itu kerana
telah bangkit ia pada mereka itu akan seorang Rasul Muhammad daripada bangsa
mereka itu Arab, umpama mereka itu supaya dapat taham mereka itu daripadanya
dan kemuliaan dengannya tiada Malaikat dan tiada bangsa ‘ajam
يَتْلُو عَلَيْهِمْ آيَاتِهِ
Membaca ia atas
mereka itu segala ayat QuranNya
وَيُزَكِّيهِمْ
Dan mensuci ia
akan mereka itu daripada dosa dengan tunjuk jalan ibadat dan taubat
وَيُعَلِّمُهُمُ الْكِتَابَ وَالْحِكْمَةَ
Dan mengajar ia
akan mereka itu kitab Quran dan hikmat sunah Nabi
وَإِنْ كَانُوا مِنْ قَبْلُ لَفِي ضَلَالٍ مُبِينٍ {164}
Dan jika ada mereka
itu daripada dahulu bangkitnya daripada dholalah yang nyata sekalipun