Selasa, 14 April 2015

Ali Imran - Ayat 37



 فَتَقَبَّلَهَا رَبُّهَا بِقَبُولٍ حَسَنٍ وَأَنْبَتَهَا نَبَاتًا حَسَنًا
Maka menerima akan dia oleh Tuhannya dengan penerimaan yang baik dan menumbuh akan dia akan sebagai tumboh yang elok ia tumboh pada sehari seperti kanak-kanak tumboh setahun dan di bawa datang dengannya oleh ibunya keapda segala ahbar ulama anak cucu Harun mereka itu yang pegawai memerintah baitul maqdis katanya ambil oleh kamu ini nazirah maka berbuat-buat padanya ahbar kerana anak Imam mereka itu maka kata Zakaria aku terlebih mustahak dengannya kerana khalahnya saudara ibu pada aku maka kata mereka itu tiada hingga kita undi maka pergi mereka itu dua puloh sembilan orang pegawai baitul maqdis kepada sungai Urdun/Jordan dan dilontar mereka itu akan qolam mereka itu atas bahawa siapa-siapa tetap qolamnya pada air dan timbul maka ia terlebih mustahak maka tetap qolam Zakaria maka mengambil akan dia dan bina baginya ghurfah/bilik mahligai dalam masjid naik dengan tangga tiada naik kepadanya lainnya dan adalah Zakaria bawa datang akan Maryam dengan makanan dan minuan dan minyaknya maka dapat pada sisinya buah kayu menyalahi musim seperti firman Allah Ta’ala :
وَكَفَّلَهَا زَكَرِيَّا ۖ
Dan memelihara akan dia Zakaria
كُلَّمَا دَخَلَ عَلَيْهَا زَكَرِيَّا الْمِحْرَابَ
Tiap-tiap masuk atasnya oleh Zakaria akan mihrab tempat Maryam
وَجَدَ عِنْدَهَا رِزْقًا ۖ
Nescaya dapat padanya rezeki menyalahi musim dahulu itu.
قَالَ يَا مَرْيَمُ
Kata hai Maryam
أَنَّىٰ لَكِ هَٰذَا ۖ
Dari mana bagi engkau ini buah
قَالَتْ هُوَ مِنْ عِنْدِ اللَّهِ ۖ
Kata Maryam iaitu dariapda Allah Ta’ala bawa datang akan daku dengannya daripada Syurga ketika itu ia kecil belum sampai umor bertutur
إِنَّ اللَّهَ يَرْزُقُ مَنْ يَشَاءُ بِغَيْرِ حِسَابٍ
Bahawasa Allah Ta’ala itu merezeki Ia akan mereka yang dikehendaki dengan tiada hisab luas denga tiada dipayah