Selasa, 27 November 2018

Al Maidah - Ayat 101 Ms 244

turun tatkala membanyak mereka itu akan Tanya Rasulullah daripada fardhu haji adakh tiap-tiap tahun dan bapanya di mana dalam syurga, atau …. Ayat 101

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا
Hai segala mereka yang beriman
لَا تَسْأَلُوا عَنْ أَشْيَاءَ
Jangan kamu Tanya daripada segala perkara-perkara yang tiada menafaat akan kamu
إِنْ تُبْدَ لَكُمْ تَسُؤْكُمْ
Jika dinyata bagi kamu pertanyaan itu nescaya menyakiti akan kamu seperti jawab Rasulullah bapa engkau dalam neraka
وَإِنْ تَسْأَلُوا عَنْهَا حِينَ يُنَزَّلُ الْقُرْآنُ تُبْدَ لَكُمْ
Dan jika kamu tiada daripada yang manafaat kamu ketika turun Quran menyatanya dan manakala dinyata kau susah hati maka janganlah kamu Tanya daripadanya kerana tiada manafaat bagi kamu
عَفَا اللَّهُ عَنْهَا ۗ
Telah memaafkan Allah Ta’ala daripadanya pertanyaaan itu maka jangan kamu ulang lagi
وَاللَّهُ غَفُورٌ حَلِيمٌ
Dan Allah Ta’ala itu Tuhan yang amat mengampuni lagi halim tiada menyegera azab

Al Maidah - Ayat 100 Ms 244


قُلْ لَا يَسْتَوِي الْخَبِيثُ وَالطَّيِّبُ
Kata olehmu tiada bersamaan jahat dan baik kufur dan iman haram dan halal itu
وَلَوْ أَعْجَبَكَ كَثْرَةُ الْخَبِيثِ ۚ
Dan jika mengajaibkan akan dikau oleh banyak yang jahat dan kufur haram sekalipun
فَاتَّقُوا اللَّهَ يَا أُولِي الْأَلْبَابِ
Maka hendaklah kamu takut akan Allah Ta’ala hai segala yang empunya aqal pada tinggal yang jahat kufur haram itu
لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ
Mudah-mudahan kamu dapat kemenangan kamu dngan syurga dan lepas daripada neraka turun tatkala membanyak mereka itu akan Tanya Rasulullah daripada fardhu haji adakh tiap-tiap tahun dan bapanya di mana dalam syurga, atau …. Ayat 101

Al Maidah - Ayat 99 Ms 244


مَا عَلَى الرَّسُولِ إِلَّا الْبَلَاغُ ۗ
Tiada atas rasul itu melainkan menyampai suruhan Allah kepada kamu sahaja
وَاللَّهُ يَعْلَمُ مَا تُبْدُونَ وَمَا تَكْتُمُونَ
Dan Allah Ta’ala itu mengetahui barang yang kamu nyata dan barang yang kamu sembunyi daripada taat rasul atau tiadanya maka membalas ia akan kamu

Al Maidah - Ayat 98 Ms 244 Baris Ke 3


اعْلَمُوا أَنَّ اللَّهَ شَدِيدُ الْعِقَابِ وَأَنَّ اللَّهَ غَفُورٌ رَحِيمٌ
Ketahui oleh kamu bahawasa Allah Ta’ala sangat-sangat siksa atas segala seterunya daripada kafir dan munafiq dan bahawasa Allah Ta’ala amat mengampuni bagi segala auliya’nya yang ikut suruh tegahnya lagi amat Rahim dengan mereka itu