Rabu, 28 Januari 2015

Ali Imran - Ayat 10



إِنَّ الَّذِينَ كَفَرُوا
Bahawasa segala orang yang kafir itu
لَنْ تُغْنِيَ عَنْهُمْ أَمْوَالُهُمْ وَلَا أَوْلَادُهُمْ مِنَ اللَّهِ شَيْئًا
Tiada mmengaya daripada mereka itu oleh segala harta pun mereka itu dan tiada segala anak-anak mereka itu daripada azab Allah itu suatu
وَأُولَٰئِكَ هُمْ وَقُودُ النَّارِ
Dan bermula mereka itu mereka itulah yang menyala api neraka

Ali Imran - Ayat 9



رَبَّنَا إِنَّكَ جَامِعُ النَّاسِ لِيَوْمٍ لَا رَيْبَ فِيهِ ۚ
Hai Tuhan kami bahawasanya Engkau Tuhan yang menghimpun akan segala manusia bagi hari yang tiada syak padanya iaitu hari kiamat maka Engkau balas akan mereka itu dengan amalan mereka itu seperti yang Engkau janji.
إِنَّ اللَّهَ لَا يُخْلِفُ الْمِيعَادَ
Bahawasa Allah Ta’ala itu Tuhan tiada menyalahi janji sekali-kali rawi As Syaikhani daripada Aisyah kata ia baca Nabi Sollahu alaihi wasallam ini ayat
هو الذي أنزل عليك الكاب الح
Dan sabda Ia apabila engkau lihat segala mereka yang mengikut barang yang syubhat itu maka mereka itulah yang dinama oleh Allah Ta’ala maka takut oleh kamu akan mereka itu dan daripada Abi Musa al Asyaari dengar Nabi sollahu alaihi wasallam bersabda ia tiada aku taku atas umatku melainkan tiga perkara iaitu banyak harta maka berhasad-hasad dan berbunuh-bunuh mereka itu sebabnya dan bahawa buka kita maka ambil mukminin pada menuntut ta’wilnya dan tiada ketahui ta’wil melainkan Allah dan bahawa bertambah ilmu mereka itu maka sia-sia mereka itu akan dia tiada belajar daripadanya.