Isnin, 12 Oktober 2015

Ali Imran - Ayat 121



وَإِذْ غَدَوْتَ مِنْ أَهْلِكَ تُبَوِّئُ الْمُؤْمِنِينَ مَقَاعِدَ لِلْقِتَالِ ۗ
Sebut olehmu ketika berpagi-pagi engkau ya Muhammad daripada ahli engkau daripada Madinah engkau atur akan segala orang mukminin bagi segala tempat duduk berperang masing-masing tempat ketika perang Uhud
وَاللَّهُ سَمِيعٌ عَلِيمٌ {121}
Dan Allah Ta’ala itu Tuhan yang Amat Mendengar perkataan kamu lagi amat melihat kelakuan kamu keluar Rasulullah sollahu alaihi wasallam dengan seribu orang laki-laki melainkan lima puluh orang dan turun ia dengan syuaib hari sabtu tujuh syawwal tahun ke 3 daripada Hijrah dan jadi belakangnya dan askarnya kepada had dan sama akan sufuf mereka itu dan menduduk akan segala yang memanah di kaki bukit Uhud dan dijadi Amir atas mereka itu Abdullah bin Jabur dan sabda ia kuat olehmu daripada kami dengan anak panah supaya tiada datang mereka itu dari sebelah belakang kami dan jangan kamu beubah daripada tempat itu menang atau kalah

Ali Imran - Ayat 120



إِنْ تَمْسَسْكُمْ حَسَنَةٌ تَسُؤْهُمْ
Jika mengena akan kamu ni’mat seperti menang dan rampasan nescaya menjahat ia akan mereka itu
وَإِنْ تُصِبْكُمْ سَيِّئَةٌ يَفْرَحُوا بِهَا ۖ
Dan jika mengena akan kamu oleh kejahatan seperti kalah perang dan kemarau suka mereka itu dengannya
وَإِنْ تَصْبِرُوا وَتَتَّقُوا لَا يَضُرُّكُمْ كَيْدُهُمْ شَيْئًا ۗ
Dan jika kamu sabar dan kamu takut akan Allah tiada mudharat akan kamu daya mereka itu suatu
إِنَّ اللَّهَ بِمَا يَعْمَلُونَ مُحِيطٌ {120}
Bahawasanya Allah Ta’ala dengan barang yang beramal mereka itu meliputi maka membalas ia akan mereka itu