Sabtu, 4 Julai 2020

AL MAIDAH 107


 TAFSIR NURUL IHSAN AL MAIDAH 107 MS 246 BARIS KE 5 DARI BAWAH

فَإِنْ عُثِرَ عَلَىٰ أَنَّهُمَا اسْتَحَقَّا إِثْمًا

Maka jika diketahui atas bahawa kedua saksi itu mustahak dosa pada sumpah atau saksi dusta seperti didapat pada keduanya akan harta mayat yang ditambah dan dakwa kedua berkata harta itu ia beli atau wasiat daripada mayat

فَآخَرَانِ يَقُومَانِ مَقَامَهُمَا

Maka dua saksi yang lain berdiri keduanya pada tempat keduanya

مِنَ الَّذِينَ اسْتَحَقَّ عَلَيْهِمُ الْأَوْلَيَانِ

Daripada segala mereka yang mustahak atas mereka dua yang terlebih hamper dengan mayat pada sisinya segala ayak pada saksi yang dahulu itu handaklah bersumpah dua orang waris yang terlebih hamper kepada mayat

فَيُقْسِمَانِ بِاللَّهِ

Maka bersumpah kedua saksi yang kemudian itu dengan nama Allah atas khianat dua saksi yang dahulu dan kata kedua

لَشَهَادَتُنَا أَحَقُّ مِنْ شَهَادَتِهِمَا

Bermula saksi kami ini terlebih sebenar daripada saksi keduanya

وَمَا اعْتَدَيْنَا إِنَّا إِذًا لَمِنَ الظَّالِمِينَ

Bahawasa kami ketika itu sungguh daripada jumlah segala orang yang zalim-zalim maka hokum wasit tsabait dan berwasiat orang sakit supaya dapat berkata-kata dalam kubor suruh taruh saksi Mansukh tiada wajib taruh saksi pada wasiat

Al Maidah 106


TAFSIR NURUL IHSAN AL MAIDAH 106 MS 246 BARIS KE 6 DARI ATAS
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا
Hai segala mereka yang beriman
شَهَادَةُ بَيْنِكُمْ إِذَا حَضَرَ أَحَدَكُمُ الْمَوْتُ حِينَ الْوَصِيَّةِ اثْنَانِ ذَوَا عَدْلٍ مِنْكُمْ أَوْ آخَرَانِ مِنْ غَيْرِكُمْ
Saksikan antara kamu apabila hadir seorang kamu kepada mati ketika berwasiat itu dua saksi yang adil kedua akan daripada kamu orang Islam atau dua orang daripada lain agama kamu

إِنْ أَنْتُمْ ضَرَبْتُمْ فِي الْأَرْضِ
Jika kamu musafir pada bumi

فَأَصَابَتْكُمْ مُصِيبَةُ الْمَوْتِ ۚ
Maka kena akan kamu oleh musibah kematian diri kamu

تَحْبِسُونَهُمَا مِنْ بَعْدِ الصَّلَاةِ
Kamu habas keduanya daripada kemudian sembahyang asar

فَيُقْسِمَانِ بِاللَّهِ إِنِ ارْتَبْتُمْ
Maka bersumpah kedua saksi dengan nama Allah jika kamu jatuh syak hati pada barang-barang yang diwasiat dan kata kedua saksi itu

لَا نَشْتَرِي بِهِ ثَمَنًا
Tiada kami tukar dengan nama Allah itu harga daripada dunia dengan sumpah atau saksi dusta

وَلَوْ كَانَ ذَا قُرْبَىٰ ۙ
Dan jika ada orang yang disumpah baginya atau yang disaksi baginya kerabat sekalipun

وَلَا نَكْتُمُ شَهَادَةَ اللَّهِ
Dan tiada kami sembunyikan saksi Allah Ta’ala yang disuruh kami dengannya

إِنَّا إِذًا لَمِنَ الْآثِمِينَ
Bahawasa kami ketika itu daripada jumlah segala orang yang jika kami sembunyikan akan dia

Kuliah Tafsir Nurul Ihsan telah dimulakan kembali di Masjid Bukit Indah pada 6 Julai 2020 selepas berhenti kerana Covic 19 (PKP) yang bermula dari 18 Mac 2020 hingga 9 Julai 2020.