Ahad, 16 Ogos 2015

Ali Imran - Ayat 97



 فِيهِ آيَاتٌ بَيِّنَاتٌ مَقَامُ إِبْرَاهِيمَ ۖ
Pada Makkah beberapa ayat kenyataan atas fadhilat dan haramnya setengah daripadanya maqam Ibrahim batu yang berdiri ia atasnya ketika membina baitullah maka berbekas dua tapaknya padanya dan kekal ia hingga sekarang serta panjang masa dan berganti-ganti tangan atasnya dan setengahnya mengganda-ganda kebajikan padanya balasnya suatu seratus ribu dan burung tiada terbang atas baitillah melainkan meninggal ia sakit
وَمَنْ دَخَلَهُ كَانَ آمِنًا ۗ
dan barang siapa masuknya nescaya ada ia aman tiada datang atasnya dengan bunuh atau zalim atau lain yang demikian itu

وَلِلَّهِ عَلَى النَّاسِ حِجُّ الْبَيْتِ
Dan bagi Allah Ta’ala atas manusia itu haji ke baitillah wajib
مَنِ اسْتَطَاعَ إِلَيْهِ سَبِيلًا ۚ
Mereka yang kuasa kepadanya berjalan dengan ada bekal dan kenderaan
وَمَنْ كَفَرَ فَإِنَّ اللَّهَ غَنِيٌّ عَنِ الْعَالَمِينَ {97}
Dan barang siapa yang kufur dengan Allah atau dengan fardhu haji maka bahawasanya Allah Ta’ala itu Tuhan yang amat kaya daripada sekelian alam manusia, jin, malaikat dan daripada ibadat mereka itu.