Isnin, 24 September 2018

Al Maidah - Ayat 80 Ms 238 Baris Ke 5 Dari Atas


تَرَىٰ كَثِيرًا مِنْهُمْ يَتَوَلَّوْنَ الَّذِينَ كَفَرُوا ۚ
Engkau lihat Ya Muhammad akan kebanyakan daripada mereka itu bersetia bertolong-tolong dan berkasih-kasih akan segala kafir ahli makkah kerana benci kepada engkau
لَبِئْسَ مَا قَدَّمَتْ لَهُمْ أَنْفُسُهُمْ
Sejahat-jahat barang yang mendahulu bagi mereka itu oleh nafsu mereka itu daripada pekerjaan maksiat
أَنْ سَخِطَ اللَّهُ عَلَيْهِمْ وَفِي الْعَذَابِ هُمْ خَالِدُونَ
Bahawa murka Allah atas mereka itu dan pada dalam azab mereka itu kekal sekelian

Al Maidah - Ayat 79 Ms 238 Baris Ke 3 Dari Atas


كَانُوا لَا يَتَنَاهَوْنَ عَنْ مُنْكَرٍ فَعَلُوهُ ۚ
Adalah mereka itu tiada menegah seorang mereka itu daripada mungkar maksiat yang dikerjakan stngah mereka itu
لَبِئْسَ مَا كَانُوا يَفْعَلُونَ
Sejahat-jahat barang yang ada perbuatan mereka itu