Rabu, 10 Oktober 2018

Al Maidah - Ayat 87 Ms 240 Baris Ke 3 Dari Atas


Dan (turun) tatkala bercita-cita kaum sahabat sepuloh orang atas melazimkan puasa dan berdiri malam buat ibadat dan tiada hampir perempuan dan bau-bauan dan tiada makan daging dan lemak dan tiada tidur atas hamparan tidur kerana mereka itu terdengar pengajaran Rasulullah sau hari yang menangis hati mereka itu iaitu Abu Bakar dan Ali bin Abi Tolib dan Abdullah bin Mas’ud dan Abdullah bin Umar dan Abu Zar Al Ghifari dan Salim Maula Ibnu Huzaifah dan Miqdad bin Al Aswad dan Salman al Farisi dan Mu’aqqal bin Muqrin dan Usman bin Maz’un
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا
hai segala orang yang mukminin
لَا تُحَرِّمُوا طَيِّبَاتِ مَا أَحَلَّ اللَّهُ لَكُمْ
jangan kamu mengharam segala makanan yang halal oleh Allah bagi kamu
وَلَا تَعْتَدُوا ۚ
dan jangan kamu melampampaui suruh Allah
إِنَّ اللَّهَ لَا يُحِبُّ الْمُعْتَدِينَ

bahawasa Allah itu tiada kasih ia akan segala orang yang melampau hukum