Selasa, 19 September 2017

An Nisa' Ayat 128 Ms 194 - 195

وَإِنِ امْرَأَةٌ خَافَتْ مِنْ بَعْلِهَا نُشُوزًا
Dan jika seseorang perempuan takut daripada suaminya nusyuz dengan tinggal seketidurannya dan taqsir pada nafkahnya kerana benci akan dia dan ingin matanya pada yang terlebih cantik daripadanya 
 أَوْ إِعْرَاضًا
Atau berpaling suami daripadanya
 فَلَا جُنَاحَ عَلَيْهِمَا أَنْ يُصْلِحَا بَيْنَهُمَا صُلْحًا ۚ 
Maka tiada mengapa atas keduanya bahawa sulhu kedua itu antara keduanya akan sebagai sulhu pada giliran dan nafkah dengan ditinggal satu baginya menuntut kekal bersahabat jika redha perempuan dan jika tiada maka wajib atas suami menyempurna hak isteri atau cerai
وَالصُّلْحُ خَيْرٌ ۗ 
Dan sulhu itu terlebih baik daripada bercerai dan nusyuz dan berpaling muka 
وَأُحْضِرَتِ الْأَنْفُسُ الشُّحَّ ۚ 
Dan dihadir nafsu seseorang itu itu akan sangat bakhilnya diperangi atasnya erti perempuan tiada maaf daripada suaminya haknya demikian suami apabila kasih perempuan lain 
وإِنْ تُحْسِنُوا وَتَتَّقُوا فَإِنَّ اللَّهَ كَانَ بِمَا تَعْمَلُونَ خَبِيرًا
Dan jika kamu berbuat baik pada isteri dan kamu pelihara daripada zalimi mereka itu maka bahawasanya Allah Ta'ala adalah IA dengan barang yang kamu beramal itu amat ketahui maka membalas IA akan kamu dengannya.