Isnin, 9 November 2015

Ali Imran - Ayat 135 (Muka Surat 136)



وَالَّذِينَ إِذَا فَعَلُوا فَاحِشَةً أَوْ ظَلَمُوا أَنْفُسَهُمْ ذَكَرُوا اللَّهَ
Dan segala mereka yang apabila kerja mereka itu akan dosa yang hodoh seperti zina atau zalimi mereka itu akan diri mereka itu dengan kerja yang kurang daripada yang tersebut itu seperti lihat perempuan nescaya ingat mereka itu akan janji Allah Ta’ala dengan azab
فَاسْتَغْفَرُوا لِذُنُوبِهِمْ
Maka pinta ampun mereka itu bagi segala dosa mereka itu
وَمَنْ يَغْفِرُ الذُّنُوبَ إِلَّا اللَّهُ
Dan ingat mereka itu tiada seorang yang mengampuni dosa melainkan Allah Ta’ala jua
وَلَمْ يُصِرُّوا عَلَىٰ مَا فَعَلُوا وَهُمْ يَعْلَمُونَ {135}

Dan tiada mengekali mereka itu atas barang yang kerja mereka itu daripada dosa tetapi tinggal mereka itu daripadanya dan mereka itu ketahui sekelian bahawa yang dikerja itu ma’siat.