Rabu, 26 September 2018

Al Maidah - Ayat 82 Ms 238 Baris Ke 10 Dari Bawah


۞ لَتَجِدَنَّ أَشَدَّ النَّاسِ عَدَاوَةً لِلَّذِينَ آمَنُوا الْيَهُودَ وَالَّذِينَ أَشْرَكُوا ۖ
Demi Allah lagi engkau dapat ya Muhammad akan setengah manusia yerseteru bagi orang mukminin itu segala yahudi dan segala kafir musyrikin ahli Mekah kerana bertambah-tambah kufur mereka itu dan jahil mereka itu
وَلَتَجِدَنَّ أَقْرَبَهُمْ مَوَدَّةً لِلَّذِينَ آمَنُوا الَّذِينَ قَالُوا إِنَّا نَصَارَىٰ ۚ
Demi Allah lagi engkau dapat ya Muhammad akan yang terlebih hampir berkasih-kasih bagi segala orang yang mukminin itu segala mereka yang berkata kami ini nasara
ذَٰلِكَ بِأَنَّ مِنْهُمْ قِسِّيسِينَ وَرُهْبَانًا وَأَنَّهُمْ لَا يَسْتَكْبِرُونَ
Bermula yang demikian itu dengan sebab bahawa setengah daripada mereka itu qississin dan ruhban ulama dan ahli ibadah dan bahawa mereka itu tiada takabbur mereka itu daripada ikut yang benar seperti takabbur yahudi dan orang Mekah turun ini ayat ada jamaah Raja Najasyi negeri Habasyah yang datang dari Habasyah maka baca Rasulullah sollahu alaihi wasallam atas mereka itu surah yasin maka mengais mereka itu dan Islam mereka itu dan kata mereka itu apa yang terlebih mirip ini dengan barang yang turun atas Nabi Isa adalah mereka itu tujuh puluh orang datang bersama-sama Jaafar ibni Abi Tolib rodiyallah ‘anhu daripada Habasyah tahun yang keenam daripada Hijrah ketika itu Rasulullah tengah lingkung kota Khaibar maka sahabat yang pergi Hirah ke Habasyah tahun kelima lapan puloh dua orang lain daripada perempuan dan kanak-kanak dan Ummu Habibah binti Abi Sufian isteri Rasulullah nikah di Habasyah dengan mahar empat ratus dinar ampun kurnia daripada Raja Najasyi datang bersama Jaafar tahun itu juga

Pemakluman.......
Tafsir Nurul Ihsan telah dihentikan pembentangannya di Masjid Bukit Indah oleh Nazirnya (2015 - 2018) bermula 1 Oktoberi 2018, sehari selepas Pilihanraya Masjid yang berlaku pada 23 September 2018, setelah dibentangkan sejak 2013 lagi.

In shaa Allah penulisan tasir ini akan diteruskan walaupun tanpa pembentangannya. Jika ada kesempatan terluang yang diberikan Allah maka akan disambung semula in shaa Allah.



Al Maidah - Ayat 81 Ms 238 Baris Ke 10 Dari Atas


وَلَوْ كَانُوا يُؤْمِنُونَ بِاللَّهِ وَالنَّبِيِّ وَمَا أُنْزِلَ إِلَيْهِ مَا اتَّخَذُوهُمْ أَوْلِيَاءَ
Dan jika ada mereka itu beriman sekelian dengan Allah dan Nabi Muhammad dan barang yang diturun kepadanya daripada Quran nescaya tiada mengambil mereka itu akan orang kafir diperbuat auliya’ bersetia bertolong-tolong dan berkasih-kasih tetapi ambil orang Islam
وَلَٰكِنَّ كَثِيرًا مِنْهُمْ فَاسِقُونَ
Dan tetapi kebanyakan daripada mereka itu fasiq sekelian