Khamis, 6 November 2014

Al Baqarah - Ayat 264



 يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُواْ
Hai segala mereka yang beriman
لاَ تُبْطِلُواْ صَدَقَاتِكُم بِالْمَنِّ وَالأذَى
Jangan kamu batal sedekah kamu dengan ungkit dan menyakiti tiada pahala
كَالَّذِي يُنفِقُ مَالَهُ رِئَاء النَّاسِ
Seperti mereka yang menafkah hartanya kerana riya’ manusia hendak beri manusia lihat
وَلاَ يُؤْمِنُ بِاللّهِ وَالْيَوْمِ الآخِرِ
Dan tiada beriman ia dengan Allah dan hari yang kemudian iaitu orang yang munafiq tiada percaya nabi dan hari qiamat
فَمَثَلُهُ كَمَثَلِ صَفْوَانٍ عَلَيْهِ تُرَابٌ
Maka seumpamanya itu seperti umpama batu licin yang ada atasnya tanah
فَأَصَابَهُ وَابِلٌ فَتَرَكَهُ صَلْداً
Maka kena akan dia hujan banyak maka tinggal akan dia licin tiada satu atasnya
لاَّ يَقْدِرُونَ عَلَى شَيْءٍ
Tiada kuasa mereka itu atas suatu
مِّمَّا كَسَبُواْ
Daripada barang yang usaha mereka itu arti tiada dapat stawab pahala pada akhirat
وَاللّهُ لاَ يَهْدِي الْقَوْمَ الْكَافِرِينَ
Dan Allah Ta’ala tiada menghidayah akan segala kaum kafir kepada jalan agama

Al Baqarah - Ayat 263




قَوْلٌ مَّعْرُوفٌ وَمَغْفِرَةٌ خَيْرٌ مِّن صَدَقَةٍ يَتْبَعُهَا أَذًى
Perkataan yang baik dan ampun itu terlebih baik dari sedekah yang mengikut akan dia menyakiti
والله غنيٌ حليم
Dan Allah Ta’ala itu Tuhan yang Kaya daripada sedekah kamu lagi halim dengan ta’khir ‘uqubah siksa daripada orang yang mengungkit dan menyakiti orang yang disedekah.