Rabu, 1 Oktober 2014

Al Baqarah - Ayat 253



تلك الرسلُ فضلنا بعضَهُم على بعضٍ
Bermula segala rasul tiga ratus tiga belas itu telah kami lebihkan setengah mereka itu atas setengah dengan ditentu mu’jizat kemegahan yang tiada bagi lainnya
منهم من كلمَ الله
Setengah daripada mereka itu mereka yang bertutur dengan Allah seperti Nabi Musa as.
ورفعَ بعضَهُم درجات
Dan mengangkat Ia akan setengah mereka itu beberapa darjat atas lainnya seperti Nabi Muhammad saw dengan diumum dakwa rasulnya dan kesudahan nubuwwahnya dan tafdhil melebihi umatnya atas segala umat-umat dan mukjizat dan khususiah yang baik-baik
وآتينا عيسى ابن مريم البينات
Dan Kami datang akan Isa anak Maryam itu akan beberapa mukizat seperti menghidup orang mati dan membaikki mengubah mata orang buta dan bars
وأيدناهُ بروحِ القدس
Dan kami kuat akan dia dengan ruh al Quds Jibrail berjalan ia sertanya Isa di mana tempat ia berjalan
ولوشآء اللهُ
Dan jika menghendaki Allah Ta’ala hidayah manusia
ما اقتتلَ الذين من بعدِهِم
Nescaya tiada berbunuh-bunuh segala mereka yang kemudian daripada mereka itu segala rasul
من بدِ ما جاءَتهُمُ البيناتُ
Daripada kemudian barang yang datang akan mereka itu oleh kenyataan
ولكن اختلفوا
Dan tetapi bersalah-salahan mereka itu pada agama
فمنهم من آمنَ ومنهم من كَفَر
Maka setengah daripada mereka itu mukminin dan setengah daripada mereka itu kafir seperti nasoro kemudian daripada Isa maka berbunuh-bunuh mereka itu kerana bersalahan dan menyesat setengah akan setengah
ولو شاء اللهُ ما اقتتلوا
Dan jika dikehendaki Allah nescaya tiada berbunuh mereka itu
ولكنَّ اللهَ يفعلُ ما يريدُ
Dan tetapi Allah Ta’ala perbuat barang yang Ia kehendaki daripada taufiq mereka yang dikehendaki dan hina mereka yang dikehendaki tiada I’tiradh atasnya

Al Baqarah - Ayat 252



 تلك آيات الله نتلوها عليكم بالحق
Bermula ini segala ayatnya daripada ألم تر إلى الذين خرجوا hingga ولو لا دفع الله الناس   itu segala ayat Allah Ta’ala kami baca akan dia atas engkau ya Muhammad dengan sebenar
إنك لمنَ المرسلين
Dan bahawasanya engkau itu ya Muhammad sungguhnya daripada jumlah orang yang jadi rasul ini ayat menolak bagi kata kufur لستَ مرسلا  tiada engkau rasul