Rabu, 21 Mac 2018

Al Maidah - Ayat 35 Ms 222 Baris Ke 3 Dari Bawah


يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اتَّقُوا اللَّهَ
Hai segala orang mukminin takut oleh kamu akan Allah Ta’ala pada tiap-tiap yang kerja dan yang tinggal
وَابْتَغُوا إِلَيْهِ الْوَسِيلَةَ
Dan tuntut oleh kamu kepada akan wasilah perhubungan yang menghampirkan diri kepada Allah maka zikirullah dengan lidah dan hati yang dinama muraqabah dan musyahadah dan dawam al Hudhur dan baca Quran dan selawat dan doa da sekelian bagi taat kebajikan sunah itu wasilah hamba kepada Allah Ta’ala yang boleh jadi mendengar Allah pendengaran dan penglihatan Allah penglihatannya dan tangannya dan langkahnya dan tanparnya Allah Akbar maka wasilah pada Allah seperti persembahan pada raja-raja
وَجَاهِدُوا فِي سَبِيلِهِ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ
Dan bersungguh-sungguh oleh kamu pada jalan kerana meninggi agamaNya dengan perang seterunya yang nyata dan yang sembunyi kafir munafiq mudah mudahan kamu dapat kemenangan kamu dengan syurga dan lepas daripada neraka