Ahad, 18 Februari 2018

Al Maidah - Ayat 024 Ms 217 Baris Ke 7 Dari Bawah

قَالُوا يَا مُوسَىٰ إِنَّا لَنْ نَدْخُلَهَا أَبَدًا مَا دَامُوا فِيهَا ۖ
Kata mereka itu Ya Musa bahasa kami tiada kami masuk akan dia selama ada mereka itu pada dalamnya
فَاذْهَبْ أَنْتَ وَرَبُّكَ فَقَاتِلَا إِنَّا هَاهُنَا قَاعِدُونَ

Maka pergilah engkau dan Tuhan engkau maka berperang kedua kami kami di sini duduk sekelian

Al Maidah - Ayat 23 Ms 217 Baris Ke 7 Dari Atas

قَالَ رَجُلَانِ مِنَ الَّذِينَ يَخَافُونَ أَنْعَمَ اللَّهُ عَلَيْهِمَا
Telah berkata oleh dua orang lelaki daripada segala orang yang takut menyalahi suruh Allah yang ni’mat Allah Ta’ala atas keduanya dengan pelihara suruh Allah maka bersembunyi kedua akan hal Jabbarin melainkan dariapda Musa dan Harun iaitu Yusya’ bin Nun dan Kalib Yuqiya daripada Antaqia yang dua belas (12) yang disuruh Musa pada menolong orang negeri Sham
ادْخُلُوا عَلَيْهِمُ الْبَابَ
Masuk oleh kamu atas mereka itu pada pintu kampong Baitul Maqdis maka jangan kamu takut mereka itu tubuh sahaja besar dengan tiada kuat hati
فَإِذَا دَخَلْتُمُوهُ فَإِنَّكُمْ غَالِبُونَ ۚ
Maka apabila kamu masuk akan dia maka bahawa kamu itulah yang menang sekelian kata kedua itu yang demikian itu kerana yakin dengan pertolongan Allah dan janjiNya
وَعَلَى اللَّهِ فَتَوَكَّلُوا إِنْ كُنْتُمْ مُؤْمِنِينَ

Dan atas Allah Ta’ala jua maka berpegang kamu jika ada kamu itu beriman  sekelian

Al Maidah - Ayat 022 Ms 217 Baris ke 3 Dari Atas

قَالُوا يَا مُوسَىٰ إِنَّ فِيهَا قَوْمًا جَبَّارِينَ وَإِنَّا لَنْ نَدْخُلَهَا حَتَّىٰ يَخْرُجُوا مِنْهَا
Kata mereka itu hai Musa bahawa pada dalamnya itu kaum yang gagah-gagah sekelian daripada baki kaum ‘Ad tinggi lagi kuat dan bahawa kami tiada masuk akan dia hingga keluar mereka itu daripadanya baru kami hendak masuk
فَإِنْ يَخْرُجُوا مِنْهَا فَإِنَّا دَاخِلُونَ

Maka jika keluar mereka itu daripadanya maka bahawasa kami ketika itu masuk kepadanya sekelian

Al Maidah - Ayat 21 Ms 216 Baris ke 2 Dari Bawah

KISAH MASUK BAITUL MAQDIS

يَا قَوْمِ ادْخُلُوا الْأَرْضَ الْمُقَدَّسَةَ الَّتِي كَتَبَ اللَّهُ لَكُمْ
Hai kaum aku masuk oleh kamu akan bumi biatul maqdis yang telah menyuruh Allah Ta’ala bagi kamu dengannya dan iaitu Sham
وَلَا تَرْتَدُّوا عَلَىٰ أَدْبَارِكُمْ
Dan jangan kamu undur ke belakang kamu kerana takut kepada seteru
فَتَنْقَلِبُوا خَاسِرِينَ

Maka berpaling kamu pada hal rugi sia-sia sekelian pada perjalanan kamu