Isnin, 1 Disember 2014

Al Baqarah - Ayat 128




رَبَّنَا وَاجْعَلْنَا مُسْلِمَيْنِ لَكَ

Hai Tuhan kami dan padikan kami menurut kedua-dua bagi Engkau
وَمِن ذُرِّيَّتِنَا أُمَّةً مُّسْلِمَةً لَّكَ
Dan jadikan daripada zuriat kami itu umat yang menurut bagi Engkau
وَأَرِنَا مَنَاسِكَنَا وَتُبْ عَلَيْنَا
Dan perlihat akan kami akan segala perkerjaan Haji kami dan atau ibadat kami dan taubat olehMu atas kami
إِنَّكَ أَنتَ التَّوَّابُ الرَّحِيمُ
Bahawasanya Engkau itu Engkaulah Tuhan yang banyak menerima taubat lagi amat kasih sayang rahim hamba-hambaNya maka pinta keduanya akan taubat serta ma’sum keduanya itu kerana tawadhu’ dan mengajar bagi zuriat keduanya.

Al Baqarah - Ayat 127



وَإِذْ يَرْفَعُ إِبْرَاهِيمُ الْقَوَاعِدَ مِنَ الْبَيْتِ وَإِسْمَاعِيلُ
Dan ketika mengangkat oleh Nabi Ibrahim akan qowa’id foundation kaki daripada baitillah dan Nabi Ismail ketika binnya berkata keduanya
رَبَّنَا تَقَبَّلْ مِنَّا إِنَّكَ أَنتَ السَّمِيعُ الْعَلِيمُ
Hai Tuhan kami terima olehMu dariapda kami binaan kami ini bahawasa Engkau itu Tuhan yang Amat Mendengar bagi permintaan kami lagi yang Amat Mengetahui dengan perbuatan kami

Al Baqarah - Ayat 126


وَإِذْ قَالَ إِبْرَاهِيمُ
Dan ketika berkata oleh Nabi Ibrahim
رَبِّ اجْعَلْ هَـَذَا بَلَداً آمِناً
Hai Tuhanku jadikan ini negeri Makkah itu aman dan sungguhn telah terima Allah doanya menjadi akan dia tanah haram tiada ditumpah padanya darah manusia dan tiada diburu perburuannya dan tiada dikerat rambutnya yang basah
وَارْزُقْ أَهْلَهُ مِنَ الثَّمَرَاتِ
Dan rezeki olehMu akan ahlinya daripada segala buah-buahan dan sungguh-sungguh telah diperbuat demikian itu dengan dipindah Toif dariapda Syam dan adalah Makkah itu اقفر tiada tanaman padanya dan tiada air.
مَنْ آمَنَ مِنْهُم بِاللّهِ وَالْيَوْمِ الآخِرِ
Mereka yang beriman daripada mereka itu dengan Allah dan hari yang kemudian menentu Ia akan mereka itu dengan doa kerana muwafaqah bagi firmanNya لن ينال عهدي الظالمين
قَالَ وَمَن كَفَرَ فَأُمَتِّعُهُ قَلِيلاً
Firman Allah Ta’ala dan bermula mereka itu yang kufur itu maka aku beri bersedap-sedap rezeki dalam dunia sedikit masa hidupnya
ثُمَّ أَضْطَرُّهُ إِلَى عَذَابِ النَّارِ
Kemudian Aku beri mudharat akan dia pada akhirat kepada ‘azab
وَبِئْسَ الْمَصِيرُ
Dan sejahat-jahat tempat kembali itu neraka.