Isnin, 2 Mac 2015

Ali Imran - Ayat 19

إِنَّ الدِّينَ عِنْدَ اللَّهِ الْإِسْلَامُ ۗ
Bahawasanya agama yang diterima pada Allah Ta’ala itu agama Islam yang dibangkit dengannya segala rasul yang dibina atas tauhid Allah     
وَمَا اخْتَلَفَ الَّذِينَ أُوتُوا الْكِتَابَ
dan tiada bersalahan oleh segala mereka yang diberi akan kitab Yahudi dan Nasori pada agama dengan bahawa tauhid setengah dan kufur setengah itu
إِلَّا مِنْ بَعْدِ مَا جَاءَهُمُ الْعِلْمُ
Melainkan kemudian daripada barang yang datang akan mereka itu oleh ilmu dengan suruh tauhid akan Allah
بَغْيًا بَيْنَهُمْ ۗ
Kerana hasad antara mereka itu segala kafir
وَمَنْ يَكْفُرْ بِآيَاتِ اللَّهِ
Dan barang siapa yang kufur dengan segala ayat Allah
فَإِنَّ اللَّهَ سَرِيعُ الْحِسَابِ
Maka bahawa Allah Ta’ala itu amat cepat hisab balasan baik dan jahat