Selasa, 10 Mac 2015

Ali Imran - Ayat 23



أَلَمْ تَرَ إِلَى الَّذِينَ أُوتُوا نَصِيبًا مِنَ الْكِتَابِ يُدْعَوْنَ إِلَىٰ كِتَابِ اللَّهِ لِيَحْكُمَ بَيْنَهُمْ ثُمَّ يَتَوَلَّىٰ فَرِيقٌ مِنْهُمْ وَهُمْ مُعْرِضُونَ {23}
Tiadakah engkau lihat ya Muhamad kepada segala mereka yang diberi akan bahagian daripada kitab diseru mereka itu kepada hukum kitab Allah supaya menghukum antara mereka itu kemudian berpaling satu firqah dariapda mereka itu dan mereka itu berpaling sekelian daripada terimanya, turun ini ayat pada Yahudi berzina daripada mereka itu dua orang kaya maka tahkim mereka itu kepada Nabi maka hukum ia atas keduanya dengan direjam maka menegah mereka itu, maka dibawa datang dengan taurat maka didapati hukum rejam padanya maka direjam kedua-duanya itu pada pintu masjid Madinah maka marah mereka itu.

Tambahan : Seorang alim Yahudi bernama Abdullah bin Suri telah diminta oleh baginda sollahu alaihi wasallam supaya membaca kitab Taurat bagi mencari hukumannya. Apabila ia membacanya dan sampai akan kalimah rejam dia menutup dan melangkaui kalimah itu. Lalu kata Abdullah bin Salam alim Yahudi yang manganut Islam "Ya Rasulallah, dia telah melangkauinya!". Selepas terdedah kejahatan Ulama Yahudi ini, dibaca akan teks dalam kitab Taurat tersebut sekira-kira berbunyai "Bahawasanya orang lelaki atau perempuan yang muhson (pernah kahwin) jika berzina dan telah ditegakkan bukti atas keduanya, hendaklah keduanya direjam (dihukum lontar dengan batu sampai mati). Kalau perempuan itu mengandung, tunggulah sampai melahirkan kandungannya.