Isnin, 18 April 2016

Ali Imran - Ayat 189 (M/s 150 - 151)

وَلِلَّهِ مُلْكُ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ ۗ
Dan bagi Allah milik tujuh petala langit dan bumi segala khazanah hujan dan rezeki dan tumbuh tumbuhan dan lain-lainnya
وَاللَّهُ عَلَىٰ كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ {189}

Dan Allah Ta’ala atas tiap-tiap suatu itu yang amat kuasa dan setengah daripadanya mengazab kafir dengan melepas mukminin

Ali Imran - Ayat 188 (M/s 150)

لَا تَحْسَبَنَّ الَّذِينَ يَفْرَحُونَ بِمَا أَتَوْا وَيُحِبُّونَ أَنْ يُحْمَدُوا بِمَا لَمْ يَفْعَلُوا
Jangan engkau sangka akan segala mereka yang suka mereka itu dengan barang yang datang oleh mereka itu daripada menyesatkan manusia dan suka bahawa dipuji orang dengan barang yang tiada mereka itu kerja daripada berpegang dengan hak dan mereka itu atas dholalah sesat
فَلَا تَحْسَبَنَّهُمْ بِمَفَازَةٍ مِنَ الْعَذَابِ ۖ وَلَهُمْ عَذَابٌ أَلِيمٌ {188}
Maka jangan engkau sangka akan mereka itu dengan kelapangan daripada azab neraka pada akhirat

PENJELASAN :
Pada pandangan saya, ayat ini mempunyai kaitan dengan ayat 183, Yahudi yang suka dipuji ialah apabila rasa bahawa mereka telah berjaya mempertikaikan kerasulan baginda sollahu alaihi wasallm dengan meminta dibawakan qurban sebagaimana yang berlaku nabi-nabi yang terdahulu. Tindakan mereka mempertikaikan hal ini menyebabkan mereka menerima pujian dari orang-orang yahudi. Keadaan ini berkaitan rapat dengan keratan pertama ayat 183, Firman Allah Ta'ala
الَّذِينَ قَالُوا إِنَّ اللَّهَ عَهِدَ إِلَيْنَا أَلَّا نُؤْمِنَ لِرَسُولٍ حَتَّىٰ يَأْتِيَنَا بِقُرْبَانٍ تَأْكُلُهُ النَّارُ ۗ

Segala mereka Yahudi yang berkata bahawasa Allah Ta’ala telah janjikan kepada kepada kami bahawa tiada kami beriman bagi seorang Rasul itu hingga bawa datang ia akan kami dengan korban yang makan akan dia oleh api maka tiada kami beriman dengan engkau ya Muhammad hingga engkau bawa datangg akan kami dengannya maka makna korban itu barang yang dihampir diri dengannya kepada Allah Ta’ala daripada ni’am dan lainnya jika diterima dating api puteh daripada langit maka membakar akan dia dan jika tiada tinggal ia tempatnya dan dijanji kepada Bani Israel yang demikian itu dalam Taurat melainkan Nabi Isa dan Nabi Muhammad tiada janji itu firnam Allah Ta’ala

Akan tetapi Allah membalas kejahatan mereka mempersenda-sendakan Rasulullah sollahu alaihi wasallam dengan keratan ayat kedua sebagaimana di bawah. Kalau disebabkan tidak berjaya mendatangkan qurban kamu tidak beriman, bagaimana pula nai-nabi yang telah membawa mukjia seperti qurban, mereka juga tidak beriman, malah membunuh nabi-nabi tersebut.

قُلْ قَدْ جَاءَكُمْ رُسُلٌ مِنْ قَبْلِي بِالْبَيِّنَاتِ وَبِالَّذِي قُلْتُمْ فَلِمَ قَتَلْتُمُوهُمْ إِنْ كُنْتُمْ صَادِقِينَ {183}

Kata olehmu Ya Muhammad sungguh telah dating akan kamu oleh beberapa Rasul daripada dahulu daripada aku dengan beberapa mukjizat kenyataan dan dengan yang kamu kata itu maka kerana apa kamu bunuh akan mereka itu seperti Nabi Zakaria dan Yahya anaknya jika ada kamu itu sebenar pada bahawa kamu hendak beriman ketika di dating dengan korban maka khitab ini kepada Yahudi zaman Nabi Muhammad sollahu alaihi wasallam dan perbuatan itu tok nenek mereka itu kerana suka redha mereka itu dengan demikian itu.

wallahu a'lam.