Ahad, 8 Oktober 2017

An Nisa' - Ayat 141 Ms 198 Baris ke 9

الَّذِينَ يَتَرَبَّصُونَ بِكُمْ
Iaitu segala mereka yang mengintai-intai dengan kamu akan pusingan  alah menang perang
فَإِنْ كَانَ لَكُمْ فَتْحٌ مِنَ اللَّهِ قَالُوا أَلَمْ نَكُنْ مَعَكُمْ
Maka jika ada bagi kamu menang perang dan ghanimah daripada Allah Ta’ala kata mereka itu tiadakah kami serta kamu pada agama dan perang maka beri akan kami ghanimah
وَإِنْ كَانَ لِلْكَافِرِينَ نَصِيبٌ قَالُوا أَلَمْ نَسْتَحْوِذْ عَلَيْكُمْ وَنَمْنَعْكُمْ مِنَ الْمُؤْمِنِينَ ۚ
Dan jika ada bagi segala kafir itu bahagian daripada menang perang kata mereka itu bagi mereka itu kafir tiadakah kami menang atas kamu dan kami tegah kamu daripada orang mukminin bahawa menang mereka itu
فَاللَّهُ يَحْكُمُ بَيْنَكُمْ يَوْمَ الْقِيَامَةِ ۗ
Maka Allah Ta’ala itu yang menghukum antara kamu pada kiamat dengan dimasuk kamu ke syurga dan mereka itu ke neraka
وَلَنْ يَجْعَلَ اللَّهُ لِلْكَافِرِينَ عَلَى الْمُؤْمِنِينَ سَبِيلًا

Dan tiada dimenjadikan Allah bagi segala kafir atas segala mukminin itu jalan dengan menghabis kerajaan dan syariat Islam

An Nisa' - Ayat 140 Ms 198 Baris Pertama

وَقَدْ نَزَّلَ عَلَيْكُمْ فِي الْكِتَابِ
Dan sungguh telah diturun atas kamu pada dala kitab Quran itu
أَنْ إِذَا سَمِعْتُمْ آيَاتِ اللَّهِ يُكْفَرُ بِهَا وَيُسْتَهْزَأُ بِهَا فَلَا تَقْعُدُوا مَعَهُمْ
Bahawasanya apabila kamu dengar akan segla ayat Allah Ta’ala dan kufur dengannya dan diistihza’ dengannya maka janganlah kamu duduk serta mereka itu kafir dan orang yan mengolok-olok dengan Quran
حَتَّىٰ يَخُوضُوا فِي حَدِيثٍ غَيْرِهِ ۚ
Hingga masuk mereka itu pada percakapan yang lainnya
إِنَّكُمْ إِذًا مِثْلُهُمْ ۗ
Bahawasanya kamu ketika itu jadi seumpama mereka itu
إِنَّ اللَّهَ جَامِعُ الْمُنَافِقِينَ وَالْكَافِرِينَ فِي جَهَنَّمَ جَمِيعًا


Bahawasanya Allah Ta’ala itu menghimpunkan Ia akan segala orang munafiin dan orang kafirin pada neraka jahannam sekelian seperti berhimpun merek itu dalam dunia atas kufur dan istihza’