Selasa, 3 Julai 2018

Al Maidah - Ayat 45 Ms 226 Baris Ke 5 Dari Bawah


HUKUM QISAS DALAM AL QURAN
وَكَتَبْنَا عَلَيْهِمْ فِيهَا
Dan kami fardhukan di atas mereka pada dalamnya taurah
أَنَّ النَّفْسَ بِالنَّفْسِ وَالْعَيْنَ بِالْعَيْنِ وَالْأَنْفَ بِالْأَنْفِ وَالْأُذُنَ بِالْأُذُنِ وَالسِّنَّ بِالسِّنِّ
Bahawasa nyawa seseorang dibunuh dengan sebab membunuh orang dan mata seorang dibutakan (seorang) dengan sebab dibutakan mata orang dan hidung seorang dipotong dengan sebab memotong hidung orang dan telinga seorang dikerat dengan sebab kerat telinga orang lain dan gigi seorang dicabut dengan sebab mencabut gigi orang
وَالْجُرُوحَ قِصَاصٌ ۚ
Dan segala luka itu qisas berbaas-balas arti dibalas apabila dapat seperti luka tangan dan kaki dan zakar dan dua bibir mulut dan dua biji zakar dan dua tapak kaki dan yang tiada dapat qisas itu wajib padanya hukum iaitu satu juzuk daripada diat nyawa nisbah kurangnya pada harga dengan difardu ia hama harga seratus maka dengan luka jadi Sembilan puloh jadi kurang satu ‘usyur yakni satu daripada sepuloh maka wajib diat ‘usyur diat yakni satu daripada sepuloh bahagian diat nyawa maka hukum qisas ini difardhu atas yahudi maka iaitu tetap pada syariat kita pula
فَمَنْ تَصَدَّقَ بِهِ فَهُوَ كَفَّارَةٌ لَهُ ۚ
Maka barang siapa yang bersedekah denganya qisas itu maka iaitu jadi kaffarah baginya dosanya
وَمَنْ لَمْ يَحْكُمْ بِمَا أَنْزَلَ اللَّهُ فَأُولَٰئِكَ هُمُ الظَّالِمُونَ
Dan barang siapa yang tiada menghukum dengan barang yang dihukum yang Allah T’ala turunkan dia maka bermula mereka itu mereka itulah yang zalim sekelian