Isnin, 19 Jun 2017

An Nisa' - Ayat 95 Ms 186 - 187


لَا يَسْتَوِي الْقَاعِدُونَ مِنَ الْمُؤْمِنِينَ غَيْرُ أُولِي الضَّرَرِ وَالْمُجَاهِدُونَ فِي سَبِيلِ اللَّهِ بِأَمْوَالِهِمْ وَأَنْفُسِهِمْ ۚ

Tiada bersamaan segala orang yang duduk daripada perang daripada orang yang mukmin yang iada empunyai dharar dengan lemah atau buta atau penyakit itu dan segala orang yang berperang dengan orang tiada berperang

فَضَّلَ اللَّهُ الْمُجَاهِدِينَ بِأَمْوَالِهِمْ وَأَنْفُسِهِمْ عَلَى الْقَاعِدِينَ دَرَجَةً ۚ
Telah melebihi Allah Ta’ala akan segala orang yan berperang dengan harta mereka itu dan diri mereka itu atas segala orang yang duduk tiada berperang itu beberapa darjat fadhilat kerana bersamaan keduanya pada niat dan lebih mujahidin dengan perbuat kerja

وَكُلًّا وَعَدَ اللَّهُ الْحُسْنَىٰ ۚ
Dan akan tiap-tiap itu menjanji Allah akan hasani kebaikkan syurga

وَفَضَّلَ اللَّهُ الْمُجَاهِدِينَ عَلَى الْقَاعِدِينَ أَجْرًا عَظِيمًا

Dan telah melebihi Allah akan segala mujahidin atas segala yang duduk daripada perang itu pahaa yang besar-besar