Selasa, 24 Mac 2015

Ali Imran - Ayat 26



قُلِ اللَّهُمَّ مَالِكَ الْمُلْكِ
Kata olehmu ya Muhammad Ya Allah Tuhan yang Raja segala raja
تُؤْتِي الْمُلْكَ مَنْ تَشَاءُ
Engkau beri akan raja itu akan mereka yang dikehendaki daripada makhluk Engkau
وَتَنْزِعُ الْمُلْكَ مِمَّنْ تَشَاءُ
Dan Engkau tinggal akan raja daripada mereka yang Engkau kehendaki
وَتُعِزُّ مَنْ تَشَاءُ
Dan Engkau mulia mereka yang Engkau kehendaki berinya raja
وَتُذِلُّ مَنْ تَشَاءُ ۖ
Dan Engkau hina mereka yang Engkau kehendaki dengan tinggalnya raja daripadanya
بِيَدِكَ الْخَيْرُ ۖ
Dengan qudrat Engkau itu khair dan syar baik dan jahat
إِنَّكَ عَلَىٰ كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ
Bahawasanya Engkau atas tiap-tiap suatu itu amat kuasa tiada lemah/hajat akan dikau suatu
Kata Ali ra sabda Nabi Sollahu alaihi wasallam tatkala menyuruh Allah Ta’ala bahawa diturun Fatihah dan ayat kursi dan شهد الله dan قل الله هم مالك  hingga بغير حساب  bergantung sekelian itu dengan ‘arasy dan tiada antara mereka itu dengan Allah itu hijab dan kata mereka itu Engkau turun kami kepada kampong zunub dosa dan kepada yang ma’siat akan dikau maka firman Allah ta’ala وعزتي وجلالي  demi kemulianKu dan kebesaranKu tiada dibaca akan kamu oleh seseorang tiap-tiap lepas sembahyang fardhu melainkan Aku duduk akan dia pada  حظيرة القدس  tempat di bawah ‘arasy atas barang yang ada padanya daripada kemulian dan jika tiada nescaya Aku pandang kepadanya dengan pandangan Aku yang مكونة  tersimpan tiap-tiap hari tujuh puloh kali dan jika tiada nescaya Aku sempurna baginya tiap-tiap hari tujuh puloh hajat sekurang maghfirah ampun dosa dan jika nescaya Aku lindungkan dia daripada seteru dan tiada menegah daripada masuk Syurga melainkan mati sahaja.